Cenderawasih

Foto saya
kota kinabalu,, Sabah, Malaysia
Suka pada dunia korporat-membuatkan diri lebih matang. Suka pada Pengcapan awam-membuatkan minda terbuka menerima pandangan. Suka pada seni sastera-membuatkan dalaman perasaan diluahkan dalam pancaran tersirat. Pemilik hati yang bergelar HambaNYA.

Jumaat, 21 September 2012

Kembali PadaNYA....

Aku lebih suka pada entri keagamaan...seperti aku kembali kepada dunia perhambaan yg cukup abadi....
'BERDOA.' . ramai manusia kini masih tidak memahami apa itu doa. mari..aku mengajak anda semua itu mengenali doa yg sebenar benar doa. 

p/s : tunggu entri yag seterusnya..

Selasa, 18 September 2012

pasti muncul sang pelangi itu!


andai anda msih ingt entri sya yg bertajuk ' ITU  HANYA SEMENTARA '..ya..dan aku akuinya kini..pasti janji Allah tidak perlu diragu. janji Allah tidak serupa dgn jnji manusai..aku bersyukur. cukup bersyukur. aku sendiri dapat rasakan apa itu kemanisna iman. aku belajar apa itu kesabaran. aku mengerti apa itu ujian dariNYA. aku belajar bagaiman untuk bertwakkal.aku mengerti apa itu musibah juga muhassabah.. aduh! sunnnguh..aku merasa semua ini dalam tempoh yang cukup sekejap..

mari, aku mmbawa anda seketika untuk merungkai kebesaran Allah terhadap alam, dan begitulah besar kuasaNYA terhadap makhlukNYA.

kisah si awan

... dulunya ia hnya awan biasa sahaja...namun, dgn kehadiran pelbagai ujian dari percikan kilat, bunyian dari dentuman guruh, akhirnya dia rasa sakit..ujian demi ujian datang menimpa...dia merasakan dirinya mulai gelap..dipenuhi kegelapn mendung yag cukup digeruni..tak tertahn dengan semua ini, dia terpksa akur..dia redha..dia tawakkal..kerana sang awan percaya pasti semua ini akan mnjadi sperti sediakala..akhirnya dgn keinsafan..dan rasa yg penuh rendah hati..tercurahlah limpahan hujan yg akhirnya mmbawa rahmat pada siapa yg mmerlukan...namun, tidak sampai di situ. sang pelangi mula muncul untuk menemani sang awan.mengubat duka di hati. sunnguh. sang pelangi adalah ubat lara...keberkatan akan datang pada siapa yg memerlukan..


''kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datagkan petir dan kilat, kita menangis dan tertnya-tanya ke mana hilangnya sinar?? rupa -rupanya Allah nak hadikan pelangi yag cukup indah''



          ''Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuia dengan kesanggupannya'' (q.s 2 ayat 286)

p/s : Alhamdulillah...insyaAllah..akn ku kejar cita2ku andai itu kmampuanku untuk mmbalas kmbali jasa kedua org tuaku.

Sabtu, 15 September 2012

itu hanya sementara.




...lebih kurang dalam pukul 12 tengahari, aku menghadap lappy tercinta....hari ini antara hari penentu masa depanku (ku kira-hanya anggapanku yang dhaif sahaja)...
pabila ku lihat keputusan itu,hatiku hiba..kurasa dunia gelap sementara. pelbagai persoalan sehingga ruangan menyoal tentang kekuasaan ilahi menghantui fikiranku, menterjah masuk seiring dengan bisiskan syaitan.sungguh.aku sedih.  ku lihat dan ku dengar ramai yang senasib denganku...adakah ini sahaja noktah untuk semua ini?? 
..mungkin ada yang mengerti entri kali ini dan mungkin juga terngangah tidak faham apakah tujuan ku tulis entri ini..namun jawapan dan segala persoalan akan ku rungkai sementara lagi.tunggu sahaja. ku biarkn dahulu awan mendung menggelapkn dunia ini, sementara hujan, pelangi dan akhirnya mentari akn muncul semula.itu ku pasti.
..semoga esok dan hari2 seterusnya baik2 sahaja.
Assalamualaikum wbt. Semoga anda dan kita semua dirahmati.amin


    -Ku insafi segala dosa2ku padaMU ya Rabbi-
 
 Itu pasti!

 - Terlalu panjang perjalanan ini, dan ku tak tahu apa yang aan belaku dihujungnya, sebb itu kita manusia perlu berusaha, berusaha dan berusaha..selebihnya tawakkal! -
 
 
 

Ahad, 2 September 2012

Gangnam Style 2012



aduhai..demm lagu nie pula..korea lagi..korea nie mmg bijak..ade je lagu yg buat 1 dunia meletop nak dgr lagu dorg kan..hurm..tapi..kita sbgai umat islam..kna lah jadi 'alim( berilmu) kna tahu selok belok lirik lagu tue..mksd sebnr lagu tue....so,.ni lah maksud Gangnam Style.

BM translate

Seorang gadis yang panas dan humanle pada siang hari
Seorang gadis bergaya yang tahu bagaimana untuk menikmati kebebasan secawan kopi
Seorang gadis yang hatinya semakin panas apabila malam datang
Seorang gadis dengan jenis yang piuh
Saya seorang lelaki
Seorang lelaki yang adalah seperti panas seperti anda pada siang hari
Seorang lelaki yang satu-tembakan kopinya sebelum ia juga menyejuk
Seorang lelaki yang hatinya pecah apabila malam datang
Itu jenis lelaki
Cantik, loveable
Ya anda, hey, ya, anda, hei
Cantik, loveable
Ya anda, hey, ya, anda, hei
Sekarang mari kita pergi sehingga akhir
Oppa adalah gaya Gangnam, gaya Gangnam
Oppa adalah gaya Gangnam, gaya Gangnam
Oppa adalah gaya Gangnam
Eh Sexy Lady, Oppa adalah gaya Gangnam
Eh-Sexy Lady oh oh oh oh
Seorang gadis yang kelihatan tenang tetapi memainkan apabila dia memainkan
Seorang gadis yang meletakkan rambutnya apabila masa yang sesuai datang
Seorang gadis yang meliputi dirinya tetapi adalah lebih seksi daripada seorang gadis yang bares semua
Seorang gadis sensable seperti itu
Saya seorang lelaki
Seorang lelaki yang kelihatan tenang tetapi memainkan apabila dia bermain
Seorang lelaki yang pergi sepenuhnya gila apabila datang masa yang sesuai
Seorang lelaki yang telah membonjol idea dan bukannya otot
Itu jenis lelaki
Cantik, loveable
Ya anda, hey, ya, anda, hei
Cantik, loveable
Ya anda, hey, ya, anda, hei
Sekarang mari kita pergi sehingga akhir
Oppa adalah gaya Gangnam, gaya Gangnam
Oppa adalah gaya Gangnam, gaya Gangnam
Oppa adalah gaya Gangnam
Eh Sexy Lady, Oppa adalah gaya Gangnam
Eh-Sexy Lady oh oh oh oh
Di atas lelaki berjalan adalah manusia terbang, bayi bayi
Saya seorang lelaki yang tahu satu perkara atau dua
Di atas lelaki berjalan adalah manusia terbang, bayi bayi
Saya seorang lelaki yang tahu satu perkara atau dua
Anda tahu apa yang saya cakapkan
Oppa adalah gaya Gangnam




p/s : masing2 punya pndgn kan...jadi anda pmbaca..anda penilai..

Selasa, 28 Ogos 2012

EIDULFITRI 2012




                         
  SELAMAT HARI RAYA 2012 . MAAF ZAHIR DAN BATIN.. :)




ewwahh..sempat lagi pose yg sunngu menarik!! hehhe..selamt hari raya untuk ibu dan abah yg tersayang..maaf salah silap anaknda mu ini..:)

ibu, abah, adik2 dan nenek sblah abah..:)


SALAM EIDULFITRI 2012.

Sabtu, 4 Ogos 2012

Klik2~ 2012 -Bhagian 1-

..Klik2 2012..nikon COOLPIX S3300 milik si cenderawasih..:)

Mempunyai modal sendiri, tanpa sebarang dana dari abah dan ibu, sekali lagi aset yang ingin ku miliki adalah dari duit keringat aku sendiri. titik peluh kejayaan aku.

Syukur ahamdulillah..:) hasil naib johan Sayembara puisi peringkat Sabah. dimurahkan rezeki.

Nak beli 'gadget' macam kamera, tel.bimbit, komp.riba dan segala keluaraga alatan teknologi nie tak boleh sembaranagan pilih..nampak jer latest..terus nak beli..kna 'check and balance' juga...pandai2 lah pilih barang ikut kemampuan sendiri.- ~ kna pandai ukur di badan sendiri~ :)

Tips/panduan saya membeli 'gadget' dan yang seangakatan dengannya.
1) rambangkan mata anda untuk memilih apa sahaja yang diinginkan-tak salah untuk bermimpi walaupun tahu poket tengah kering- kenapa? sebab kita kena akui, tak semua barang yang terlalu canggih/terkini punyai keistimewaan(full of perfect)..nope! :) mungkin barang yang kita inginkan,( walaupun nampak murah) lebih selesa diguna dan memadai.(pasti anda mnjadi pakar 'mmbandingkan harga dan barang' nnti ) 
2) lihat harga yang sesuai dengan modal poket  yang kita ada.:)
3) senarai pendekkan barang yang kita inginkan.
4) cari setiap ciri-ciri, kelebihan dan KEKURANGAN barang tersebut.(perlu cakna..) cari juga pandangan serta pengalaman para pemakai tentang penggunaan barang tersebut.ok atau k.o..:) 
5) sekali lagi..senarai pendekkan(mungkin dah ada 3 barang/brand yang menjadi keinginan dhati.
 6) jangan lupa bawa sekali salinan ciri2 barang yang diinginkan..( ye lah..kadang2, ada perkataan yang kita tak tahu tentang dunia teknologi nie..so, ini lah masa untuk tanya penjual kat kedai tue..dan ini lah juga masa untuk si penjual berterus terng tanpa mnggunakan perkhidmatan 'lidah bercabang'mereka pada pembeli..:))
7) kalo boleh, cari pusat kedai barang tersebt. Contoh..kalau nak beli brand nikon, pergilah pusat yang memang membeli alatan nikon..cam tue juga sony ke..canon ke atau sekeluarga dengnya..:)
 8) tampil dengan yakin kat kedai tersebut..'servay dulu barang yang nak beli ada atau tak..lepas tue, tanya lah apa2 soalan yang nak tnya kat penjual tue..:) bila jwapan dia ragu2..kita keluarkan semula salinan ciri2 yang kita nak..barulah kita tak terlopong bila dngr pnjelasan  penjual tue.. :)

ini antara panduan saya membeli barang2 yang brand nie..lain oran, lain caranyer..apapun..tips yang saya buat memang berkesan. 'PENGALAMAN TIDAK PERNAH MENIPU' :)                 

(: selamat mencuba :)

Nikon S3300 -cukup berbaloi untuk saya yang baru belajar meneroka alam kamera.-



love my family..love nikon..:)


                                                                  rezeki membawa tuah.

klik2~ :)

nak tahu tentang Nikon s3300...tunggu saya update di episod seterusnya..~  boleh tanya empunya badan apa sahaja tentang nikon untuk modal nie..:)
'sharing is caring'...(: 

Ahad, 22 Julai 2012

Ramadhan 2012

Salam ramadhan buat para blogger 2012.

Ramadhan kali ni cukup istimewa buat saya. Dapat puasa disamping keluarga tersayang..dapat lihat juadah bazar orang Sabah..(ye lah..sebelum nie puasa kat negeri orang- Terengganu,belajar kat sane) paling istimewa..dah pandai masuk dapur nak pilih 'mangsa yang akan di masukkan dalam kuali' ..


Apapun kata orang..''hujan batu di negeri orang..hujan emas di negeri sendiri''..:)Salam Ramadhan yang penuh barakah buat para blogger yang cukup disayangi.


Dekat kan diri dengan kecintaan iman..jauhkan diri dar nafsu godaan syaitan.Bersama muhassabah diri.:)




Ramadhan 2012..semoga rahmatMu sentiasa melimpah sepanjang ramadhan kali ini. Barakallah.:)
p/s : nak 'update' banyak episod yang berlaku sebelum ini..tunggu yer.:)! 

Isnin, 25 Jun 2012

Ayam panggang ala EURO

'Goooolll...hahaha..mesti dah agak musim ape sekarang kan..EURO 2012...:)) alahai..England da kalah da...hurmm...x sampai lah hajat nak tgok aksi mereka final nanti..pada pandangan peribadi saya, kekadang, pemilihan 'team' untuk EURO nie mengikut kualiti strategi permainan yang dimainkan, ada juga memilih 'team' tersebut atas dasar kekacakan dan machonya mereka dipadang( alahai..teruknya andai dasar ini digunakan) dan ada juga 'team' kesukaan berdasarkan asal usul 'team' tersebut. (macam saye la..minat sangat England, sebab  nak sanngat pergi London..ibu kota England..:)

 eh, bukan nak  bercerita tentang EURO ni, walaupun ceritanya 'goreng panas' di bibir ramai. tapi..bila cakap tentang Euro ni..bnda yang mustahil pun boleh jadi..gempar satu berita mengenai peminat bola sepak EURO telah meniggal dunia disebabkan serangan jantung kerana kekalahan team 'favaourite'nya..aduhaii..kalau berlaku benda yang baik2..x ape juga kan..mcm saye..bnda yang tak pernah saya fikir selama ni untuk buat, akhirnya mnjadi jugak..(walapun pernah rasa mustahil..tapi..sntiasa pasang hajat nak buat)..dan pernah terfikir...tgn aku nie cam ade  magic jer...tetiba tgn nie da boleh buat bnda yg mustahil nie.....hmm..nak tau ape bnda mustahil sgt nie...??  (MEMASAK..:)

Ahad, 24 Jun 2012

INI CERITA KAMI

Kami punya cerita masing-masing...setiap kesusahan kami tempuhi bersama..setiap kesenangan kami kongsi bersama...dan aku ingin kongsi cerita mereka pada anda semua..:)
nisa : orangnya kecik..(mmg layak di pnggil si kechik)hehe...dia nie pndai melukis..paling suka lah kalo dia nie lukis haiwan bees tue..comel jerr...kalo lukis cartoon mmg aku bagi dia gred A, tapi..ntuk cartoon lidi2 je lah..hehhe...
orangnyer pndai..haa..macam peribahasa' kecil2 cili padi' memg sepadan ntuk ko nisa..dia nie cool jer..mmg aku bagi kategori selamba +ayu+rock...ngm lah dgn blog dia skrg tue ala2 wrna pink dgn box2 dia tue..hehe...ap lagi nak ckp tntg dia nie...hurmm..owh..bercita-cita jadi akauntan yang super duper hebat..aminn..:)
syaza: aku panggil dia nie jaja...ornya tinggi lmpai..(x lah kurus sngat..x lah gmuk sngt) tapi., tmbam sikit di pipi..hehe) ornyer putih manis..dia nie org kuat papar..mmg kalo sumndak papar..tidak boleh dilawan jelitanya...:)
suka pada bnda yng comel2..kemas dan bersih..jaja nie suka kongsi masalah dan mnta pndagna..mngkin sebab inilah juga kami brtiga makin rapat sampai hari ini.....apa lagi eh? x tau lah dia nie pndai melukis cam si kechik tue atau x.. tapi..yang aku tau dia nie pndai buat gubahan tudung..lilit sana, lilit sini..smpai aku pun mo bljar sama dia nie..heheh...owh ya..si jaja x lama lagi nak konvo..hooreyy!! dan aku feel free nak g konvo dia..nakk g sngt..jnganlh ada bnda lain yg nak halng..:)
aku : 'senyum, tak perlu kata apa2...':)
: sebelah kiri. itulah nisa..dan jaja pula sebelah kanan..
'tiada yang boleh halang kami bertiga..kecuali.......'dunia kelurga juga 'dunia yang tiada penghujungnya'
'saya sangat sayang kamu..<3

Khamis, 21 Jun 2012

'Angin mesra.."

‎ ~Ditemukan untuk melengkapi satu sama lain~..
Masing2 punya cerita sendiri..:)
Campakkan jauh perasaan cemburu, buruk sangka dan dengki. tanamkan sifat sentiasa menyokong dan ingat-mengingati.. insyaAllah,ikatan persahabatn kekal abadi..
percaya! pengalaman tidak pernah menipu.:)
seusai sahaja mengintai beberapa gambar dan status muka buku seorang adik..tetiba wujud satu perasaan untuk menjaga hubungan yang masih dan cukp erat sehingga kini.
'sahabat'.lafaz mudah.menjaga satu amanah bagiku. mereka seperti angin. mmberi nafas dikala waktu panas dan hujan.
tidak terbilng' sahabat' dalam hidupku.
memagari mereka dengan adil serta dibajai dengan kasih sayang dalam pelukan tanganku adalah janjiku untuk mereka semua.
moga sifat 'alpa sahabat' tiada dalam kamus hidupku..

Jumaat, 8 Jun 2012

Majlis Tilawah Alquran(peringkat kebangsaan) 2012

Selesai sudah Majlis tilawah Alquran Peringkat Kebangsaan yang ke-55.Majlis yang penuh suci,penuh tarbiyah bagi menginsafi diri.Ianya berlangsung dar 4 Jun -8 Jun 2012, bertempat di Pusat konvensyen Antarabangsa, Persada Johor,Johor Bahru. Keputusan diumumkan : Johan QARI Ust Muhd Anuar 93.66% (Kelantan), Ke-2 Ust Zulhashimi 87.99% (Pahang), Ke-3 Ustaz Rafie Ghalil 86.68% (Sabah). Johan QARIAH Hjh Che Aminah 84.33% (Wilayah Persekutuan), Ke-2 Nur Fatin Izzati 79.00% (Sabah), Ke-3 Marzian 78.67% (Kedah) Johan Qari dan Qariah menerima hadiah wang tunai sebanyak RM15000, piala iringan, pakej menunaikan ibadat haji beserta cenderamata. Naib johan pula menerima RM7000, pakej menunaikan ibadat haji dan cenderamata. Pemenang tempat ketiga menerima RM5000 juga pakej menunaikan haji dan cenderamata. Peserta lain juga tidak membawa pulang tangan kosong, malah mereka menerima hadiah sagu hati RM2000 dan cenderamata. p/s : Tidak sabar menanti Majlis Tilawah Alquran Peringkat Antarabangsa, mengumpulkan ramai pesarta dari seluruh dunia. 'Memartabatkan islam sehingga ke Puncak dunia'

Isnin, 28 Mei 2012

Ia bermula dari situ.

Bapaku pulang dari kota.....bapaku belikan kereta...~~~ ...chop!! hee..(mesti  pernah dengah baris lirik lagu nie kan)..^_^ yup.. lagu nie pasti mengimbau zaman kanak-kanak sewaktu di tadika dahulu.
Semntara menuggu panggiln kemasukan degree bulan 9 nie, aku bekerja sebagai guru Tadika sambilan. Sungguh mneyeronokkan....terasa diri seperti di zaman kanak-kanak...syahdu! paling penting, naluri keibuan cukup mengalir dalam diri nie..heehe....sifat garang + penyayang adalh satu sifat neutral/ semulajadi yang perlu ada pada ibu yang inginkan anaknya berjaya..:) begitu lah apa yang ku rasa kini...

MENGAJAR,BELAJAR,MENGENANG,MERANCANG kehidupan semengnya hadir ketika aku bekerja di tadika sejak 2 Mei 2012 yang lalu..mengapa?? :)

(Mengajar): Guru seperti aku bertanggungjawab untuk mengajar anak didikku  sehingga mengenal realiti hidup ini, bermula dengan ABC,123,Alif, Ba, Ta. Tiada gambaran perasaan yang boleh diungkap pabila anak didik mengenal ini semua!

(Belajar) : Aku manusia biasa. Ketika berhadapan dengan mereka, terasa satu ilmu yang perlu aku belajar tentang kehidupan ini. Kadang-kadang manusia perlu belajar menjadi kerdil agar tahu bahawa kehidupan ini adalah nikmat yang cukup besar, anugerah dari Yang Esa.

(Mengenang) :  Kanak-kanak adalah satu zaman yang cukup indah.Mereka hanya tahu apa itu keseronokan. Gambaran warna kehidupan mereka hanya putih semata. Aku juga pernah seperti mereka. MENGENANG zaman lalu cukup manis buatku. Jika diputar masa, aku ingin kembali seperti zaman kanak-kanakku.:)  Anda? 


(Merancang) : Pendidik sepertiku juga punyai cita-cita.sama seperti mereka,anak didikku.Kami punya harapan tinggi untuk MERANCANG kehidupan sendiri. 'Mereka' adalah gambaran titik permulaan untukku melangkah kehadapan.

'Bapaku pulang dari kota'


Bapaku pulang dari kota,
bapaku belikan kereta,
kereta kecil warna merah,
bolehku bawa kesekolah.

Pom...pom...pom...pom...pom
kereta kecilku berbunyi,
marilah adik mari naik,
boleh kubawa jumpa nenek

Lagu Kanak-Kanak - Bapaku Pulang Dari Kota 

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2008/08/lagu-kanak-kanak-bapaku-pulang-dari.html#ixzz1wBCwJnmn

: Pendidik juga sama seperti 'mereka' yang di didik. Hanya didikan yang penuh limpahan kejujuran dan kasih sayang mampu mencipta seorang manusia yang terdidik. :)


 Barisan guru tadika dan taska  bersama guru besar (3 dari kanan) Sunshine Putatan. Berlangsung event  'Sunshie Teacher's Day'(26Mei 2012) untuk seluruh Tadika dan Taska sunshine seluruh sabah.
Tema : Princess and koboi:)

Jumaat, 18 Mei 2012

kegembiraan dalam kemenangan


Satu sejarah telah tercipta,kini Malaysia tidak lagi merasa 'kempunan' untuk menjulang Piala Kejohanan Hoki Remaja Asia, kerana akhirnya kubu pertahanan  hoki pemain negara Pakistan sudah dipecahkan. Selama 20 tahun menunggu, berkat usaha dan kesungguhan para pemaian hoki negara, akhirnya sukan hoki Remaja Asia telah membawa satu impak yang cukup besar kepada negara kita, Malaysia dengan kemenangan 2-1 kepada Pakistan.

Permaianan yang penuh emosi, tekanan serta kepintasan dari kedua-dua negara,(Malaysia vs Pakistan), namun, kedua pemain dari negara masing-masing mampu mengawal keadaan.

Pada tahun 1992,Pakistan telah menjulang kemenangan besar apabila menang 3-0 keatas negara kita, Malaysia. Mengambil semangat dari jurulatih hoki remaja, Dharma Raj berkata '' Saya telah mengenal pasti beberapa kelemahan dan sentiasa menyusun startegi untuk menentang Pakistan malam nanti'

Jangan dicabar hoki Malaya..


Kemenangan, kegembiraan dikongsi bersama


p/s : Da lama nak post, tapi ada masalah blog..huhu..apapun..wanita juga punya semangat sukan.:)

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA. TAHNIAH MALAYSIA.


Jumaat, 11 Mei 2012

Engkau yang menilai.


Entri kali nie agak serius. tiada iringn jiwa, emosi..bicara yang indah dan segala kata yang menyentuh kalbu. Pendek kata, bait2 puisi bukan ditujukan khas untuk entri kali ini.

Minda, akal, hati dan jari  sentiasa teragak-agak untuk mencatat entri kali nie. Mungkin tiada tapisan ayat atau mungkin juga ada monolog atau hanya gambaran kepada situasi yang ingin saya sampaikan.

Bermula dengan cebisan ayat  : ''Mgkin wktu 'sang gajah' prlu brht mncri tebu. 'Sang semut' sdh lma mnnti rumh agam ntk brjsa.hidup didunia kiri dan kanan mmg tiada pghjung-

Ya. hidup di dunia kiri dan kanan, merah dan hijau pasti tiada penghujung..pasti.  Bermula dari aku kecil, berumur 6 tahun sehinggalah kini, genap umurku 21 tahun(masa untuk mengundi sudah tiba) tapi....adakah amanah itu saya jalankan..? Kata kita, mengundi adalah kewajipan. Kata saya, memilih ketua yang adil adalah kewajiban.

kembali pada renungan ayat ''Mgkin wktu 'sang gajah' prlu brht mncri tebu. 'Sang semut' sdh lma mnnti rumh agam ntk brjsa.. Dalam hidup, kadang-kadang ego perlu dibuang. Pilihlah jalan muhassbah untk merenung kembali segala janji pada puluhan rakyat yang sentiasa menuntut dan memerhati dari jauh. Betul. Mereka banyak berjasa. Mereka juga banyak memberi. Mereka juga banyak membantu. tapi, tolong jangan sempitkan minda, jangan butakan hati..

rakyat 1 : wah..banyak nya bantuan percuma, subsidi diberikan pada yang memerlukan, bantuan diberikan pada golongan yang berhak. Terima kasih biru:)
rakyat 2 : ''ak nak tnya kat ko, pemberian,bantuan yang diberi nie hanya ini ke hak yang kita yang dapat? Duit berjuta yang diguna tue simpan dan guna untuk apa eh? Baru aku terfikir...aku tamak? terpulang lah..tapi, aku hanya bertanya dan terfikir...ini je kah yang aku dapat sebagai warganegara ini?

Dialog di atas jelas yang aku, kau, kami,kita dan mereka sedang dilanda satu hentakan soalan yang cukup mengelirukan . Manusia ingin mnjadi rakyat 1 atau rakyat 2? owh..terpulang...Saya tidak ngin menjelaskan rungkai persolan ini, kerana anda juga sudah tahu jawapannya.

Mungkin sudah tiba masa untuk si gajah bersama bendera biru berehat sebentar, dan aku sedang menanti si semut bersama timbunan gula untuk dibawa ke rumah agamnya. sudah tiba kita melihat jasa, bantuan dan pemberian yang cuba ingin mereka berikan. aku cuba menanti.

p/s : Berani mengatakan prnsip aku 'atas pagar' - kewajiban terletak pada pemilihan pemimpin yang adil, bukan semata mengundi'

Ahad, 29 April 2012

~ROMBAKAN CINTA~


Aku terduduk diam,
melihat ke tepi jendela,
burung berkicauan,
mentari membelai awan

Ku kenang cinta lama,
kian terkubur dari benak hati

Ku sedar,
cinta lama telah melahirkan aku,
cinta lama telah mencipta aku,
cinta lama telah mengubah aku

Apa mungkin aku berpaling dari kau?

Aku diam..
aku tidak menghukum
dan aku tidak dihukum cinta,
namun,
diam aku bukan bisu,
diam aku bukan kaku,
diam aku bukan boneka,
diam aku bukan diam

ku lihat ,
titisan hujan sudah berpisah dari sang awan
ku pasti,
si pelangi kan muncul mengubat duka
Aku juga begitu,
cinta baru hadir untukku
memberi harapan
kecapi bahagia.

cinta lama terus ku simpan
abadi, suci di hati
itulah hakikat,
Cinta ada di mana-mana                                                                                                          
Mungkin ia perlu kekal di hati
agar tidak disentuh
dalam rombakan cinta.
                                                                                  
  28. April 2012
 Sekolah pengajian seni, UMS
 Bengkel Puisi Dan Lagu-






Bengkel Puisi Lagu di UMS.

28 April 2012..
Menghadiri 1 Bengkel Puisi di UMS, Sabah.. Teruja untuk ikut bersama...Bengkel sngat menarik dan pelbagai info dan tips aku pelajari dari En. Awang Karim terutama membuat puisi untuk dilagukan. hebat! tapi, Aku masih belum ada kemampuan... belum ade bakat lagi...mungkin suatu hari nanti.:)

Apapun...memori Bengkel tidak aku tinggalkan begitu sahaja, malah aku membuat 1 Puisi spontan dan mendapat komen postitif dari En.Awng.  Ya. Cukup memberi dorongan dan semangat agar cinta seni  terus mekar~ ^_^

Ahad, 22 April 2012

Peluang bukan semua rezeki.Aku pasti.

Selesainya 'Final Exam' untuk melengkapi tahun pengajian selama 3 Tahun, akhirnya aku perlu pulang ke Sabah... Dalam perancangan, pulang pada 30hbApril 2012.. percaya atau tidak..tiket pun sudah ditempah pada tarikh tersebut.Namun,dengan rintihan suara bonda dan ayahanda dan beberapa urusan yang perlu ku selesaikan,  akhirnya aku jejakkan kaki ke Sabah pada 26 Mac 2012.

Rezeki di tangan mengalir, aku mendapat beberapa tawaran kerja di Firma(law of firm),  guru tadika  dan  juga wartawan Sambilan di RTM,  SaBah,  akhirnya aku terpakasa tolak. Percaya? Ya. Perlu percaya.

Pelbagai persoalan pasti timbul.. aku rungkai persoalan itu hanya dengan jawapan : Peluang bukan semua rezeki.  Aku pasti.  Jangan hanya tunduk pada satu peluang kerana ada lagi ruang untuk mencari peluang lain.

Sabtu, 21 April 2012

susunan pintalan jari

Aduhaii....~ maaf ku pinta...lama tidak menjenguk..apatah lagi menari di ruang ini....kesibukan..terlalu banyak menghalang..ditambah emosi bermain jiwa...namun..jari ini tidak pernah berhenti menari...itu satu janji...