Cenderawasih

Foto saya
kota kinabalu,, Sabah, Malaysia
Suka pada dunia korporat-membuatkan diri lebih matang. Suka pada Pengcapan awam-membuatkan minda terbuka menerima pandangan. Suka pada seni sastera-membuatkan dalaman perasaan diluahkan dalam pancaran tersirat. Pemilik hati yang bergelar HambaNYA.

Isnin, 25 Jun 2012

Ayam panggang ala EURO

'Goooolll...hahaha..mesti dah agak musim ape sekarang kan..EURO 2012...:)) alahai..England da kalah da...hurmm...x sampai lah hajat nak tgok aksi mereka final nanti..pada pandangan peribadi saya, kekadang, pemilihan 'team' untuk EURO nie mengikut kualiti strategi permainan yang dimainkan, ada juga memilih 'team' tersebut atas dasar kekacakan dan machonya mereka dipadang( alahai..teruknya andai dasar ini digunakan) dan ada juga 'team' kesukaan berdasarkan asal usul 'team' tersebut. (macam saye la..minat sangat England, sebab  nak sanngat pergi London..ibu kota England..:)

 eh, bukan nak  bercerita tentang EURO ni, walaupun ceritanya 'goreng panas' di bibir ramai. tapi..bila cakap tentang Euro ni..bnda yang mustahil pun boleh jadi..gempar satu berita mengenai peminat bola sepak EURO telah meniggal dunia disebabkan serangan jantung kerana kekalahan team 'favaourite'nya..aduhaii..kalau berlaku benda yang baik2..x ape juga kan..mcm saye..bnda yang tak pernah saya fikir selama ni untuk buat, akhirnya mnjadi jugak..(walapun pernah rasa mustahil..tapi..sntiasa pasang hajat nak buat)..dan pernah terfikir...tgn aku nie cam ade  magic jer...tetiba tgn nie da boleh buat bnda yg mustahil nie.....hmm..nak tau ape bnda mustahil sgt nie...??  (MEMASAK..:)


 : macam tak percaya kan si dayana masak...hahah..dah agak..siapa yang knal rapat empunya diri ni, memang tak akan percaya 100%..saya jamin! hehe..tapi...sebenarnya saya da lama masak sejak  pulang dari terengganu...pernah buat spageti..pancake pisang, dessert, kuew teow goreng dan banyak lagi untuk masakan harian..( sekarang tegah cuti panjang,-lepasan diploma undang-undang dan sekrng menunggu keputusan untuk sambung ijazah nanti..amin..:))

 jadi saya nak tunjukkan satu hidangan masakan yang baruu jer saya buat atas dasar suka-suka  dan sebagai permulaan cubaan..:)

 Jadi, bersempena musim Euro nie..saya namakan hidangan masakan saya ni : 'Ayam panggang ala EURO'   ( nikmatnya masak bila tak  tiru mna2 bahan dan resepi dari internet..)


 Bahan-bahan nak masak
bahan utama
Ayam:)

bahan A :
Bawang merah( 1 biji)
bawang putih ( 2 ulas)
biji lada hitam (ikut suka hati)
Garam dan ajinamoto secukup rasa
minyak masak( sikit saja)
 Buah tomato( dihiris-ikut suka hati)
cili api( ikut suka hati, kalo nak pedas, letak 10 pun x pe) hehe.

 bahan B
Madu secukup rasa
 Sos tiram

 cara-cara
 campur dan tumbuk semua bahan A tadi sampai lumat.
 lepas tue, campurkan ayam  ke dalam bahan A..
perap sebentar dalam masa 10 minit macam tue....dan bolehlah dipanggang..

( bahan B cam ne pula?)
 haa..waktu ayam tue da hidang, anda boleh lah letakkan sedikit madu dan sos tiram pada ayam tersebut..(hiaslah cantik sikit k..) dan.....siap untuk dmakan...:) boleh cuba resepi nie waktu . Euro akhir nanti..:)

 paling best, bila dapat pujian ibu dan abah...:))
 jangn lupa cuba..:)


'kuew teow goreng' niat nak buat kuew teow goreng basah(permintaan dari insan kesayangan yang jauh di mata) ..tapi..x jadi juga..:)
len kali boleh cuba lagi..

Tiada ulasan: