Cenderawasih

Foto saya
kota kinabalu,, Sabah, Malaysia
Suka pada dunia korporat-membuatkan diri lebih matang. Suka pada Pengcapan awam-membuatkan minda terbuka menerima pandangan. Suka pada seni sastera-membuatkan dalaman perasaan diluahkan dalam pancaran tersirat. Pemilik hati yang bergelar HambaNYA.

Sabtu, 26 Januari 2013

Susu Badam-Sunnah Nabi :)

Indahnya hari ahad- :) Ramai jer orang beli sayur, kuih muih..bnayak lagiilah..kalo nak tahu..kat Sabah ni..kawsan Putatan ( daerah tmpat aku tnggal-15 Minit kalau nak ke Bandar-KK-) ada pasar tamu hujung minggu...kalau da sampai Sabah ni..ni lah antara tempat persinggahan WAJIB pergi..:)) ok. nak djadikan cerita... hari ni nak buat resepi Susu Badam...yummy! memang sedap sangat....!! (badam ni kacang kgemaran aku..kalau nak makan mentah2 pun boleh) hurm, ok,  nak tahu resepi?? bOleh..:)

Bahan-bahan:
 100 gram kacang badam
 1 kotak besar Susu coklat/ Susu.
 1 sudu kecl madu @ 3 biji kurma yang telah di buang biji(mana2 punh boleh)



Cara buat : campurkan semua/blender jer..daannnn..SIAP!



Mudah kan...:) tambah2 lagi kta dapat bahala amalkn sunnah Rasullullah SAW..selamat mencuba:)


ok.-sekrg baru pukul 9:49am- sempat lagi nak solat Dhuha, amalan pembawa rezeki- jummm...bye!

Adik Sayang -anis suraya-

Seusai membantu adikku mnjahit tudung, dan sehari tadi berjalan-makan angin dengannya..rasa cukup bahagia...:) (dah 7 bulan x jumpa..mestilah rindu-huhuhu) :) Thniah akak ucapkan atas kecemerlangn adik dalam Penilaian UPSR- 5A- telah kau hadiahkan- kau dapat gembirakan hati ibu dan abahh..dapat memberi motivasi dan semnagt pada kami yang lain. Tahniah adik anis.

Esok, sudah tiba waktu kembali semula ke asrama-Sekolah Menengah Agama Kota KInabalu- Seperti cepat masa berlalu, dan kakakmu ini seperti tidak percaya kau penyambung warisan menempah nama di sekolah tersebut selepas kakak dan abang menuntut ilmu disana. Sungguh, pasti sunyi semula 'bumbung syurga' ni tanpa gelak tawamu..:') apapun, tangunggajwab sebagai anak dan hambaNya perlu adik utamakan..:) 

Geli hati mendengar pengalaman kau, adik tinggal di asrama, ditambah dengan permintaan untuk membeli segala keperluan 'itu dan ini' yang kadang-kadang kakak rasa tidak perlu dan kakak pun tak pernah minta untuk dibeli keperluan sebegitu banyak..hahah.tapi, tidak apa.-selagi kau, adik belajar bersungguh-sungguh, dapat melapangkan dada ibu dan abah, juga kakak dan abang-abang kau yang lain, selagi itu segala permintaan kau adik kami penuhi.:)




kakak ucap -selamat kembali ke asrama esok- Belajar bersungguh-sungguh- :) Semoga mnjadi anak soleh dan harapan agama , bangsa dan negara.-Ameen-

SULUNG!

Sulung...apa pndapat awk, kamu dan sesiapa shaja yg bergelar sulung...alahai, anak pertama..:)  best x? aishh..mestilah best....kita lah bukti percintaan kedua ibu bapa kita..kita lah yang pertama dapat apa sahaja yang kita inginkan..kitalah yang merasa awal/makan garam dulu dari adik2 kita, pemikiran pun cpat matang..sikap pun ala2 macam bos...pendek kata..memng best..:)

" tanggungjawab bnyak lah.." -  alah..biasalah..dalam hidup..tanggungajwab dan bebanan tu satu perkara biasa....kalau kita dapat atasi, alhmdulillah....'x boleh jadi contoh kat adik2?" haa..ni lah msalah yg selalu saya dengar...kalau sulung ni, kita jadi baik jerr..x boleh silap..sebb dia lah yang menjadi contoh kat adik2..

-jawapan saya  mudah. Setiap manusia sebenrnya dilahirkan untuk mnjadi yng terbaik..termausklah mnjadi khalifah untk pimpinan diri dan msyarakat..kalau da x boleh pimpin/ bagi contoh kat adik2..mcm mna nak pimpin diri sendiri..akhirnya terumbang ambing lah diri  tiada hala tuju..x boleh2..dalam hidyp kna ada prinsip..:) ! 


jadi..jangan nak beralah/berapis-lapis alasan anak sulung ni x best...Ciptaan Yang Maha Agung cukup indah-alhmdulillah..pasti ada hikmah kenapa kita dipilih dalm kalangan 'anak sulung'..jawapan pasti pada anda sendiri yng bergelar SULUNG..;)


Aku bersyukur aku anak SULUNG!


Sulung : tudung berwarna oren.
Kedua : Berbaju ungu(lelaki)-khalid-
Ketiga : Lelaki - Nabil-
Bongsu : Tdung berwarna Pink - Anis Suraya- 

  

Jumaat, 25 Januari 2013

Jum 'dating' DenganNYA!

Ni antara petua untuk mudah bangun subuh. sebelum solat subuh tu, ap kate, kite cari masa dating denganNya, Rabbi! gerenti  tak sma dating dengan ciptaan makhlukNya(hhehe, x penah lagi dating2 dgn manusia nie..-nauzubillah- kecuali dia  dah 'halal' untuku!! Jum kita amal sama2 yer..:)


1. Tidur awal sekitar 10 atau 11 malam supaya tidur anda mencukupi.

2. Ambil wuduk sebelum tidur.

3. Tanam azam di dalam diri untuk bangun awal.

4. Baca surah Al-Mulk, tiga Qul dan doa sebelum tidur.

5. Pasangkan niat; “Aku nak bangun pukul …. kerana Allah s.w.t.”

6. Maafkan semua orang sebelum tidur.

7. Elakkan makan makanan berat sebelum tidur.

8. Elak diri dari melakukan maksiat sebelum tidur.

9. Gunakan jam loceng atau alarm di telefon bimbit untuk membantu anda. Pastikan ia berkualiti.

10. Minta tolong orang lain seperti ibu, isteri atau suami, atau rakan untuk mengejutkan anda. Mungkin minta mereka simbahkan air atau urut ibu jari anda sekiranya masih sukar untuk bangun.





    

Ya Allah..Permudahkan aku untuk mendapat kemanisan iman, keberkatan hidup di dunia pinjamanMU.

Khamis, 24 Januari 2013

Assalamualaikum Ya Rasullullah- Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah-


Salam Maulidur Rasul -12 Rabiulawal 1434H / 24 Januari 2013M buat penghuni tegar blog, twitter dan mukabuku..:)

Seusai membaca buku hasil tulisan dari Pak Latip yang cukup dikenali dengan pembawaan cerita Sirah serta Islamik, membuatkan aku terus jatuh cinta pada buku2 novel terbitan beliau. Pembacaan ku bermula dengan judul buku "Mustapha Kamal Atartuk- Penegak Agenda Yahudi- , dan mulai saat itu, aku terus mencari dan mencari lagi buku karya beliau.

Entri kali ini bukan untuk pengolahan atau pendapat berkenaan karya beliau, namun ingin bersama berkongsi untuk mengupas tentang novel hasil kerahan minda dan pena beliau melalui  novel " HIJRAH'' yang berkisar tentang riwayat Rasullullah S.A.W.(allahumma solli a'ala saidina muhammad) sehinggalah baginda diutuskan menjadi Rasul sekalian ummat.-------- Masih tersusun rapi penyusunan cerita yang diolah sehingga para pembaca seperti aku ingin menghabiskan novel tersebut dalam masa sehari. Tahniah Pak Latip.:)

(salah satu tujuan entri ini adalah untuk mngajak para pembaca untuk mnanam cinta yng mendalam, lebih dari cinta kepada siapapun yg bergelar Makhluk Allah..Cintailah Rasul junjungan, sekalian rahmat, Rasullullah S.A.W,kerana tidak sediktpun kerugian yg kita dapat, malah keuntungan lebih dari jangkauan akal)




TEMA sambutan MAULIDUR RASUL : Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah''

Kupasan dari pendapat dan olahan beberapa sumber  berkenaan konsep wasatiyah.

i) sahabat mukabuku dan kampus : Zulhelmi Hassan.

asal perkataan ni dari was so to (dalam bhasa jawi).
-dalam kamus fairuz abadi (alqamus almuhit) : berlaku adil dalam setiap perbuatan, percakapan dan segala perilaku kehidupan. Tapi, harus diingat bahawa ia bukan menjerumus kepada sikap yang terlalu jumud sehingga menolak pembaharuan dan kemajuan. Ia juga bukan di klasifikasi sebagai liberal atau terlalu materialistik sehingga mencairkan nilai2 islam dan asasnya. Namun, sikap kesederhanaan dalam membentuk pembangunan dan kebendaan tapi tinggi dalam memupuk sikap  rohani dan batin.
Tafsiran mudah dan umum : segala perkara dalam kemajuan pembangunan sesebuah jisim,rohani, sahsiah,tamadun dalam sesebuah negeri dan negara perlu mengekalkan asas, prinsip dan nilai islam yang benar menurut syara' dan segalanya adalah kerana Allah  serta mewujudkan generasi yang faham agama dalam mengaplikasikan kehidupan duniawi dan ukhrawi demi menegakkan syiar islam.

ii)  dari buku aturcara program Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sabah,
Tema wasatiyyah diambil untuk memberi pendekatan sederhana yang diamalkan oleh Rasullullah  SAW semasa di bawah pimpinan baginda. Piagam Madinah antara satu amalan yang ditunjukkan oleh Rasullullah dalam menyerlahkan semnagat toleransi beragama apabila orang islam dan bukan islam saling faham memahami,saling bekerjasama dan hidup secara aman dan harmoni. Melalui hasil sikap kesederhanaan inilah yang membuka hati ramai penduduk Arab memeluk islam dan membentuk satu ummah yang unggul sehingga hari ini.

* pada mereka  yang masih belum faham konsep wasatiyyah, boleh lah rujuk mana2 sumber yang mengikut acuan islam.. Macm sya dulu,terkapai-kapai juga mncari mksud wasatiyyah ni..namun, alhmdulillah...sekrg saya dah faham, dan sememanya ia bertepatan dengan tema kehidupan masyarakat islm kita pada hari ini, terutama masyarakat Malaysia yang seharusnya mengamalkan kesederhanaan dalam kehidupan terutama dalam bersikap,pertuturan dll yang perlu selari dengan tuntutan Alquran dan Assunnah.

Assalamualaikum ya Rasullullah SAW........



Assalamualaikum Ya Rasulullah,
Air mata tida lagi tertahan apabila teringatkan pada dirimu,
Indah wajah sang REMBULAN tiada kelam,
Indah tubuhmu sang AWAN mengikutnya,
Indah akhlakmu sang MATAHARI redup cahayanya,
Indah langkahmu sang LANGIT merintih agar dipijak,
Indah rambutmu hitam ikat yang rapi,
Indah MATAMU .. memancar sinar cinta,
Berseri MULUTMU dengan kalimah tuhan,
Gagah TANGANMU menyantun setiap insan,
Kuat kakimu mengahayun langkah menyelamtkn insan,

Assalamualaiku Ya Rasulullah,
Mengalir airmata jernih tanpa tertahan,
Lantaran CINTA dan RINDU tiada terperi,
Merobek seluruh sanubari dan saraf kulitku,
Jika KERINDUAN tiada kau tawarkan,
Keindahan syurga tiada mengubat jiwaku,
Jika wajahmu tiada ku pandang,

Assalamualaikum Ya Rasulullah,
Apakah makna jika KEMEWAHAN dan KEINDAHAN ,
Dunia yang ku miliki,
Jika kau TIADA TERSENYUM melihatnya,
Apakah makna KENIKMATAN SYURGA,
Jika kau TIADA DAPAT DIPANDANG,
Aakah makna setiap NAFASKU,
Jika engkau MEMALINGKAN wajahmu,

Ya Alah,
Hidupkan CINTA dalam JIWA ini,
Pada Rasulullah Rahmatanlil’alamin,
Semoga dengan CINTA nan suci ini,
Membawa ku tenang ke Jannatul Firdausi,
Penuh KEBAHAGIAN menatap wajahnya,
Mendengar kalimahnya.. “ Engkau Umat Ku…..!”,
Biarpun sedetik sudah memadai,
Namun selamanya adalah yang ku impikan,
Assalamualaikum Ya Rasulullah…
Assalamualaikum Ya Rasulullah...

P/S: Cukup bersyukur kerana media juga memain peranan penting dalam melahirkan sikap kecintaan masyarakt terhadap Rasululullah- terumata media saluran TV Alhijrah.Terlalu padat dengan pengisian progam Maulidur rasul. Semoga menjadi contoh kepada media lain.

Listen Listen Listen and..Reading!! :)



....begitulah kalau manusia tak pandai menilai pandagan dari suara hati.. Cubalah terima kritikan seseorang seadanya walaupun diri rasa tak sekufu dgnnnya..dan jauh di sudut hati berkata 'ada benarnye yg dia ckp'

Di mata Rabbi..manusia semua sama..yang bezanya..nilai akidah dan akhlak dalam diri. Bukan harta, pangkat atau taraf setinggi mana kelayakan ilmiah duniawi.

di mana berada..pesan hamba pada diri sendiri -jgn hnya bertepuk tgn kalau rasa diri diikat 'galaxy notes' dan habuan ringgit!-

aduhai 'FORUM SUARA WANITA 1 MALAYSIA'..pnamat yg tiada penamat. sekian.

: Di petik dari milik mukabukuku sendiri.- 14 Januari 2013-

Pasti dari sebahagian petikan di atas, jelas kita faham dengan kondisi isu masyarakat kita hari ini. Pasti dari setiap sudut masyarakat semua punya penjelasan dan pandagan sendiri, bukan sahaja dari kalangan mahasiswa, Ahli Politik, Sasterawan,kalangn profesioanlisme sehinggalah mereka yang masih belajr di tahap sekolah rendah juga punya pandagan hati sendiri.




owh, jangan di halang kata hati si Bawani itu, kerana itulah sebenar apa yang ingin disampai,
 ingin disuarakan yang sudah lama tersimpan rapi dek keadaan yang tidak mengizinkan.

Seterusnya, kita lihat apa pula respon Bawani tnetang hal ini sehinggakan ramai wartawan ingin mendengar dan berjumpa sendiri dengan beliau.


                                    

kamu sungguh berani dan aku akui itu!

Dan........

apa pula respon masyarakat ? 



sehingga adaa yang buat lagu sendiri....


'Pokok takkan bergoyang kalau tiada angin'

: Mari kita sejukkan hati dengan satu petikan respon dari salah seorang rakan mukabuku saya.

1. Insiden "listen" telah pun dijawab oleh orang ramai dari tokoh-tokoh popular sampai orang biasa-biasa. Majoriti dah counter-attack balik. Kita boleh katakan, PEMBULI dah pun kalah. Suara ramai dah pun menang. Kalau dia cuba bangkit dengan pelbagai statement untuk backup dirinya sendiri pun tidak berkesan dah, sebab jelas-jelas akan nampak memperbodohkan lagi dirinya sendiri. Taubat, insaf dan maaf sahaja jalan keluarnya.

2. Namun, cacian yang berterusan bukanlah cerminan Mukmin sejati. Sebab, dia juga orang Islam. Dia juga ada peluang berubah. Dia juga layak diberi maaf WALAUPUN bagi kita - yang rasa amarah dan rasa wajar dia dimaki - dia tak perlu pun dapat sebarang kemaafan. Manusia bukan Tuhan. Tuhan Maha Pengampun. Kalau dia degil juga, biar Allah saja yang balas. Kita pun dah nampak, Allah sedang balas kesalahannya dgn bangkitnya kemarahan ramai dan menjauhnya sahabat² seperjuangannya.

3. Kita setuju, dia wanita jahil. Dia berada di jalan gelap, sesat di hujung jalan. Tenggelam dengan ideologi yg ditanamkan pihak tak bertanggungjawab ke dasar otaknya. Kalau dia tak jahil agama, pasti dia juga malu untuk berperilaku sedemikian. Jadi, kita maafkan dia atas dasar dia jahil agama. Kita pun jahil agama tidak ternafi pun.

4. Rujuk Surah al-Mu'minun ayat 96, firmanNya:

"Tolaklah kejahatan yang dilakukan kepadamu dengan cara yang sebaik-baiknya, Kami Maha Mengetahui apa yang mereka katakan itu."

Rujuk Surah Fussilat ayat 34, firmanNya:

"Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib."

Teguran dari Tuhan sendiri supaya menolak keburukan dengan kebaikan atau dengan cara yang baik. Ibaratnya, kain yang kotor tidak akan bersih jika cuba dibersihkan dengan air longkang. Bersihkan dengan air mutlak, dengan sabun, dengan clorox barulah bersih suci dan murni.

5. Sungguh kita benci kelakuan jahat dan penghinaan yang dilakukan oleh wanita itu. Namun Allah jua membenci orang-orang yang melampaui batas. Binalah batas dalam kata-kata dan perbuatan. Sungguh, Allah menyintai orang-orang yang memperbaiki diri dan menjadi lebih baik. Rujuk QS Al-Baqara [2]:195.

6. Doa. Didoakan moga-moga semua yang masih jahil tukil kembali kepada agama agar tidak terjadi lagi insiden seperti ini. Moga diberi hidayah. Tidak perlu ada diskriminasi bangsa atau agama lain dalam agama Islam selagi mereka tidak cuba memerangi umat Islam. Allahumma amiiin ya rabbal 'alamiiin.

7. Banyak sekali arahan dari Allah dan RasulNya supaya kita listen pada agama, listen pada al-Quran, listen pada Hadis, listen pada ulama, listen pada ustaz-ustaz yang sahih, listen pada pemberi nasihat yg baik, listen pada ibu bapa dan guru, listen pada pemerintah yg adil, listen pada kawan yang cinta agama dan Syurga. Tapi berapa kerat sahaja dari kita-kita semua yang betul-betul listen dan ikut? Listen dan amal? Listen dan respon dengan baik pada agama? Dukacita, hanya segelintir. Dgn kata lain, kita listen, tapi kita buat-buat tak dengar. Kita tak ambil lesson daripada listen.

8. Lawanlah orang yang tak berakhlak dengan ketinggian akhlak.

Betullah dia hina. Kita juga hina. Kita semua hamba hina. Kita lagi hina bila kita tidak listen pada apa yang disuruh agama. Kita jadi hina bila kita tidak listen pada suruhan Allah dan Rasul-Nya. Orang pekak tidak hina. Orang yang ada telinga dan bisa mendengar, tetapi buat-buat pekak pada pesanan agama, dialah orang yang hina.

Muhammad Rusydi


-Semoga Allah merahmati hambaNYA.-




Rabu, 23 Januari 2013

puisi makum 2011.di UPNM.naib johan-




Puisi  Ke Ruang Katarsis
Karya : Zaen Kasturi.
Ini pula catatan sejarah kedua selepas aku memecah tembok untuk melangkah ke 'luar jendela'.  Turutan rezeki sudah terletak di luh mahfuzNYA. Selepas memenangi naib Johan dalam pertandingn Puisi Peringkat Remaja anjran DBP, Kuala Lumpur lalu, rezeki tetap sama untuk pertandingn ini, iaitu naib johan dalam pertandingn Puisi Makum (Majlis Kebudayaan Universiti2 Malaysia-di UPNM-..alhamdulillah..:)


Perkongsian cerita : UniSZA meletakkan harapan tinggi untuk pertandingan ini. Si pemilik hati deklamator ini sungguh berkeyakinan memberi kepercayaan kepada pihak UniSZA, walaupun pada dasarnya, hanya usaha, doa dan tawakkal di letakkan pada yg utama. Dgn kepercayaan kata manis dan semngt yg berkobar pada pemilik hati deklamator ini, maka, UniSZA telah memberi duit tajaan serta kemudahan pngangkutan(kereta Exora) disebabkan hanya seoarang peserta sahaja yang menyertai.

Dalam persediaan dan latihan yang kurang mesra,di tambah bebanan fikiran yang pada ketika itu, pemilik hati dekalamtor ini adalh Pengarah Program untuk Debat Piala Naib Canselor 2011. (Besar program ni, agak2, kalo pembaca ditempat pnulis, nak pergi ke x? ) :)  sewaktu itu, kata hati untuk memberi harapan pada UniSZA dalam pertandingn ini berbelah bahagi. Perlu teruskan perjalanan atau kembali semula ke tempat asal, memenuhi tuntutan tugas sebagai Pengarah Program.?  aduhai..berat! Namun, dalam dunia pinjaman ini, tiada yang boleh setanding dgn  semangat dan niat. In Sha Allah..Allah mudahkan.

Ku juga ingin konsi, sewaktu di Pentas, terdapat sebaris (bukan serangkap yer) bait puisi yang ku terlupa, mungkin para pembaca ada yg mneyedari. (dalam hati...andai ku berehenti, maka hancurlah kepercayaan dan nama UniSZA, pasti aku juga di gelak oleh mereka-para pelaksana Program Debat PNC, '' itulah, degil sngt nak pergi puisi..'' haa..jalan jauh2..tapi kerja atas meja terbengkalai'..sempat lagi aku berfikir begitu di pentas..aduhai! - ku tarik nafas, ingatanku berpinar pada bait lain...ku teruskan sahaja bait puisi itu walaupun bukan pada bait asalnya..(hentam sajalah labu..)

Alhmdulillah..berkat doa para teman dan shabat yg memahami....cek bernilai RM 800, bersama Piala iringan beserta sijil penghargaan dapat ku jadikan saksi di pentas Puisi.

p/s : Sebelum meninggalkan kerja, kena fahami dulu skop kerja - sebagai Pengarah Program, tindakan adalah hanya untuk tinjau, 'followed up' re-check dll,kerana itu adalah tugas utama Pengarah. Pengarah bukan sebagai pelaksana yg memerlukan 'kaki' untuk ke sana dan sini. ingat..itu tugas pelaksana. Kalau itu tugas Pengarah, lebih baik tak perlukan organisasi kerja. :)
Sebab itulah hati pemilik Puisi ini  berani untuk meningglkn kerja semntara waktu, selagi HP dan FB berfungsi sebagai 'dunia di hujung jari'. CC:  untuk insan yang sngt ku hormati : kak yaya, Amalina dan bg hanas-ketika itu mereka adalah antara orng kuat di sisi, sebagai pelaksana- Maafkan saya! hee


: Ku tinggalkan rangkap puisi sebagai bacaan kalian. Semoga Puisi ini dapat menginsafi kita sebagai hambaNYA.

Sesudah mengisi mimpi sesia di ranjang nyedar
apakah yang sempat kita kutip lewat darah dan air mata
poyang moyang yang tumpah ke cangkir resah

          resah menggeliat ke tanah
          resah menggeliat ke rimba
          resah memulas ke tulang bangsa.

Barangkali kitalah penanam padi-padi hampa
membiarkan anak-anak keridik mencuri meresik
malinja dan mahsuri di bendang galauan
hinggap gugup mengatur genta pertama

          gugup lahir di mata kita
          gugup lahir di suara kita
          gugup membiak di mana-mana.

Kita tidak agi pernah bertanya kepada manusia
harus jadi manusia tanpa menolak kebenaran untuk jadi
manusia yang tegar meniup seruling kemanusiaan
yang ligat memetik kecapi keluhuran
kerana kita lupa apa yang tersimpan di album bangsa

album bangsa pernah menyimpan sejuta potret luka
          luka berpinar ke nyali jagat
          luka berputar ke rohaniah umat
          luka menyentak haluan kiblat.

Esok kita bakal menggali tanah
dan menggalas cangkelong maut dari kulit sendiri
ke manakah bangkai dosa akan dikirim
ke kali tujuh penjuru gunung
atau ke laut tujuh penjuru tanjung
sedang kita pernah menari ala canggung maharisi
di kaki bicara nihilisme.  Sempurnakah kekesalan kita dengan
melimpahkan air mata nanah ke luka bangsa?

Jerit kita nanti cuma tulang-tulang yang tidak sempat ditalkinkan
pada saat pertama lolong angin tenggara memintal duka bersama
pekik kita nanti cuma darah-darah yang tidak sempat dikebumikan
pada saat pertama raung hujan selatan
menganyam gugup yang bergantungan di dada.

Mari  kita lagukan canggung katarsis
arena kita nanti bukan lagi saujana padang lalang
muzik kita nanti bukan lagi tabuh sayap merpalang.

          Ayunkan roh anak ke pintu hakiki
          dodoikan nyali anak ke perabung maknawi
          temani tidur mereka dengan mimpi-mimpi wangi
          dan selimut iman dari Tuhan.




Selasa, 22 Januari 2013

Sayembara puisi remaja DBP 2011-naib johan.dayana dianAVI




Permulaan langkah menjejak pentas di 'luar jendela' sebagai deklamator mewakili 
Universiti Sultan Zainal Abidin.


Puisi : Aku anak Merdeka
karya : Kemala

Perkongsian Pengalaman : Pencapaian di luar jangkauan kotak hati, aku dinobatkan naib Johan Pertandingan Deklamasi Puisi Remaja 2011. Kini, mencecah umur yg mningkat, aku sudah tidak boleh bertanding lagi..:) syaratanya, hnya yg berumur hingga 21 tahun sahaja(kononnya remaja) hnya boleh sertai..haha..sedihh!

 Pertama kali menjejakkan diri Ke Kuala Lumpur tanpa sedikit pun poket wang tajaan. Berbekal semangat +doa, diiringi senyuman teman2 seperjuangan, hati semakin membara untuk terus berlayar menempah impian. Bertiketkan Bas SPBUMI, RM 40.00, hanya Allah sahaja yang tahu bahawa tingginya cita dan impian untuk mengharumkan nama Universiti Sultan Zainal Abidin. Ketika itu, UniSZA masih tidak punya apa2 pencapain dalam deklamasi puisi sehinggalah hari ini, kuasa Allah,  UniSZA memberi persaingan yang kuat dan sihat bersama IPT2 Malaysia yang lain.

MARI BERKONGSI-TIDAK RUGI-!


Mengisi waktu lapang sebelum waktu mencantas kehidupan yang sungguh bernilai.

Ayuh! Mari menjadi HambaNYA. :

 akan berkongsi :-
- segala pengalaman sebagai aktivis puisi/deklamator.
- segala liku ujianNYA untuk menyusun batu bata kehidupan.
- sebagai seorang anak yang ingin mengejar gelaran 'Solehah'
- sebagai seorang penuntut yang ingin menjadi model muslimin berjaya duniawi dan ukhrawi.
- sebagai insan yang ingin memenuhi jiwa sebagai HambaNYA.

ku susun tarian jariku agar menjadi lebh mudah dan menarik untuk dikongsi bersama. Selamat membaca pada pencinta blogger!

Isnin, 21 Januari 2013

Janji Kembali Lagi.

Assalamualaikum..salam sejahtera buat pencinta 'blogger'..

lama menyepi. lama tak kembali..ku hulur maaf dan rindu buat waktu ini.

kepenatan sering saja menghantui manusia.tapi bagimana ia mengembalikn tenaga, berfikir serta menjiwai kehidupan, terpulang pada dirinya.

Aku juga tak ingin keterbelakng.sentiasa ingin maju kehadapan, di tambah dengan fikiran postif, optimis dan bersifat kendiri, seiring dengan doa sebagai insan berjiwa HambaNYA.

Seusai ku taip beberapa kata diatas..ku janji, akan ku kembalikan jariku untuk menari seperti sediakala...aduhai..maaf wahai sang jari..melodi, lirik, semuanya ku tinggalakn sepi.rapi ku simpan dalam ingatan.tapi, ku tak biar ia berlalu pergi. tunggu sahaja. selagi melodi dan lirik itu rancak dalam bulatan kehidupan, selagi tu sang jari menjadi peneman setia untuk  Blog 'JARI MENARI'.


Akan kembali.
-Hati milik HambaNYA-