Cenderawasih

Foto saya
kota kinabalu,, Sabah, Malaysia
Suka pada dunia korporat-membuatkan diri lebih matang. Suka pada Pengcapan awam-membuatkan minda terbuka menerima pandangan. Suka pada seni sastera-membuatkan dalaman perasaan diluahkan dalam pancaran tersirat. Pemilik hati yang bergelar HambaNYA.

Sabtu, 13 April 2013

Ini jawapan kepada si penanya- ''cuti semestar buat apa?'' dan aku penat menjawab. :)


Cuti semester –  aku buat apa?
       
          Seusai saja aku bermusafir sementara di kota London, juga negeri bumi kenyalang- aku terus memilih untuk bercuti di kampungku. Banyak tugasan perlu diurus.  7 hari dikampung sendiri. Kampung UniSZA. Uniknya, kampungku tiada kokokan ayam atau barisan batang-batang pokok kelapa mencecah awan. Sekadar beratapkan bumbung ilmu, beralaskan tikar ilmu dan penghuninya  tentu sekali pencinta ilmu. Lumrah si perantau imu. Alam lah yang menjadi teman akrab di kala ini. Kicauan burung di pagi hari, sapaan angin di waktu petang ,panggilan cangkerik  di waktu malam. Mungkin mereka juga sunyi- fikirku.

        Dalam keresahan duduk sendiri, aku berfikir panjang. Apa yang harus dibuat -kalau sekadar  duduk merenung nasib - semut lalu pun tak nak tengok  – baik jangan jadi manusia, kerna kusudah didik hati dengan firman suci- manusia itu sebaik-baik ciptaan -punya akal yang boleh berfikir, berfikir sebaiknya.
                
         Sementara itu, zawiat adalah tempat utama aku, tatkala ‘bang’ dilaungkan di kala langit terang mengundur diri- dan senja pula ingin berlabuh duduk . Disini juga tempat ramai teman sekampungku, sebab itu ku suka singgah di tempat ini. 

       Pesanan ringkas dibaca melalui telefon bimbit sederhana kecil, - ''dian -ada program ilmu di Masjid UniSZA, 5 hari ! - kita akan belajar kitab lama-kitab Perukunan juga pembacaan kitab Quran disebelah malam.  Mahu serta?'' susunan aksara pasti sudah diduga. ‘YA’.
  
                                            -----------------------------------------------------

       Program ilmu ini mengajar  tentang KITAB PERUKUNAN dari rukun islam, rukun iman, dan segala ilmu yang pernah aku belajar di sekolah dulu. Bezanya, topik dan silibus yang dibincangkan akan dikupas secara mendalam satu-satu. Inci. Cukup teliti.  Kitab sebegini cukup ku suka- kalam lama tetapi indah dibaca- apalagi di dalami. 

        Para pelajarnya bukan sahaja sebahu umur denganku, malah para ibu, para bapa juga yang ku layak panggil atuk dan nenek adalah pelajar tetap kelas ini. Dan insan-insan inilah yang sentiasa mencari air ilmu- ibarat manusia mencari air di tengah padang pasir, dibawah terikan matahari -  begitulah jua nikmatnya bila ilmu didapat tatkala diri masih dalam kerabaan mencari jalan ditengah kota yang penuh 'pasir kehidupan' .

          Sepanjang menuntut, kelas ini sentiasa diwarnai dengan  gelak tawa dan soalan yang diluar kotak- ini cukup membuatkan apa yang dipelajari mampu diserap dengan sebaiknya.  Sememangnya, aku bersyukur!  Bersyukur di tempatkan sebagai perantau ilmu di pantai timur.

          Makan minum tidak perlu dirisau-ada insan yang sedia memberi rezeki perantaraan sebagai hamba-NYA. Aku akan duduk sebahu dengan para pendebat UniSZA, yang ku sudah anggap  ahli keluargaku di kampung ini. Nikmat,perut kenyang kerna selalu saja dihidang makanan enak sambil lauknya juga ilmu.!Bezanya lagi, ilmu ini -ilmu dunia. Mereka ini tentera hebat. Ada saja perang hujah yang berkisar isu negara mahu pun luar negara. Siapa tidak cukup peluru –bersedialah untuk mati. dan aku masih selamat kerna tidak perlu bertempur kata dan hujah. -sekadar pendengar setia dan pemerhati.

          Selama 7 hari berkampung, aku tidak pernah merasa nihil dengan hari yang diatur. Walau ada lagi sisa baki kerja kuliah serta hal-hal lain yang masih belum disapu bersih, aku tetap bersyukur sebagai penduduk kampung halaman ini.


Nah, ‘bang’ sudah memanggil. Cepat bersiap.Nanti ‘kena rotan’.
7: 13 pm : di atas tikar –kampungku,UniSZA
12 April 2013.

Point :  Jangan pernah rasa hiba bila jadi perantau. Di setiap ceruk hidup, pasti DIA membantu tatkala dada dikepung rasa rindu- dan rindu akan bertukar pada cinta di tanah kita merantau. Pasti




Tempur hujah-mengguna peluru akal yang rasional dan waras.









Bila saja berada di tempat ini- akalku mula mengingat tmpatku lahir- 
''bisa kah aku menuntut seperti ini di tempatku bayu? masih ada kah?
Bunyinya agak dangkal- tapi itulah sifat realisme yang perlu kau tahu.



Tiada ulasan: