Cenderawasih

Foto saya
kota kinabalu,, Sabah, Malaysia
Suka pada dunia korporat-membuatkan diri lebih matang. Suka pada Pengcapan awam-membuatkan minda terbuka menerima pandangan. Suka pada seni sastera-membuatkan dalaman perasaan diluahkan dalam pancaran tersirat. Pemilik hati yang bergelar HambaNYA.

Sabtu, 26 Januari 2013

Adik Sayang -anis suraya-

Seusai membantu adikku mnjahit tudung, dan sehari tadi berjalan-makan angin dengannya..rasa cukup bahagia...:) (dah 7 bulan x jumpa..mestilah rindu-huhuhu) :) Thniah akak ucapkan atas kecemerlangn adik dalam Penilaian UPSR- 5A- telah kau hadiahkan- kau dapat gembirakan hati ibu dan abahh..dapat memberi motivasi dan semnagt pada kami yang lain. Tahniah adik anis.

Esok, sudah tiba waktu kembali semula ke asrama-Sekolah Menengah Agama Kota KInabalu- Seperti cepat masa berlalu, dan kakakmu ini seperti tidak percaya kau penyambung warisan menempah nama di sekolah tersebut selepas kakak dan abang menuntut ilmu disana. Sungguh, pasti sunyi semula 'bumbung syurga' ni tanpa gelak tawamu..:') apapun, tangunggajwab sebagai anak dan hambaNya perlu adik utamakan..:) 

Geli hati mendengar pengalaman kau, adik tinggal di asrama, ditambah dengan permintaan untuk membeli segala keperluan 'itu dan ini' yang kadang-kadang kakak rasa tidak perlu dan kakak pun tak pernah minta untuk dibeli keperluan sebegitu banyak..hahah.tapi, tidak apa.-selagi kau, adik belajar bersungguh-sungguh, dapat melapangkan dada ibu dan abah, juga kakak dan abang-abang kau yang lain, selagi itu segala permintaan kau adik kami penuhi.:)




kakak ucap -selamat kembali ke asrama esok- Belajar bersungguh-sungguh- :) Semoga mnjadi anak soleh dan harapan agama , bangsa dan negara.-Ameen-

Tiada ulasan: