*~Jangan menghukum jari selagi muzik dan lirik dipenuhi jiwa yang berbeza setiap hari*~ 'Bermula sebuah iringan melodi dalam satu perjalanan panjang -15 Januari 2012'
Cenderawasih
- dayana dian- si cenderawasih-
- kota kinabalu,, Sabah, Malaysia
- Suka pada dunia korporat-membuatkan diri lebih matang. Suka pada Pengcapan awam-membuatkan minda terbuka menerima pandangan. Suka pada seni sastera-membuatkan dalaman perasaan diluahkan dalam pancaran tersirat. Pemilik hati yang bergelar HambaNYA.
Ahad, 29 April 2012
~ROMBAKAN CINTA~
Aku terduduk diam,
melihat ke tepi jendela,
burung berkicauan,
mentari membelai awan
Ku kenang cinta lama,
kian terkubur dari benak hati
Ku sedar,
cinta lama telah melahirkan aku,
cinta lama telah mencipta aku,
cinta lama telah mengubah aku
Apa mungkin aku berpaling dari kau?
Aku diam..
aku tidak menghukum
dan aku tidak dihukum cinta,
namun,
diam aku bukan bisu,
diam aku bukan kaku,
diam aku bukan boneka,
diam aku bukan diam
ku lihat ,
titisan hujan sudah berpisah dari sang awan
ku pasti,
si pelangi kan muncul mengubat duka
Aku juga begitu,
cinta baru hadir untukku
memberi harapan
kecapi bahagia.
cinta lama terus ku simpan
abadi, suci di hati
itulah hakikat,
Cinta ada di mana-mana
Mungkin ia perlu kekal di hati
agar tidak disentuh
dalam rombakan cinta.
28. April 2012
Sekolah pengajian seni, UMS
Bengkel Puisi Dan Lagu-
Bengkel Puisi Lagu di UMS.
28 April 2012..
Menghadiri 1 Bengkel Puisi di UMS, Sabah.. Teruja untuk ikut bersama...Bengkel sngat menarik dan pelbagai info dan tips aku pelajari dari En. Awang Karim terutama membuat puisi untuk dilagukan. hebat! tapi, Aku masih belum ada kemampuan... belum ade bakat lagi...mungkin suatu hari nanti.:)
Apapun...memori Bengkel tidak aku tinggalkan begitu sahaja, malah aku membuat 1 Puisi spontan dan mendapat komen postitif dari En.Awng. Ya. Cukup memberi dorongan dan semangat agar cinta seni terus mekar~ ^_^
Menghadiri 1 Bengkel Puisi di UMS, Sabah.. Teruja untuk ikut bersama...Bengkel sngat menarik dan pelbagai info dan tips aku pelajari dari En. Awang Karim terutama membuat puisi untuk dilagukan. hebat! tapi, Aku masih belum ada kemampuan... belum ade bakat lagi...mungkin suatu hari nanti.:)
Apapun...memori Bengkel tidak aku tinggalkan begitu sahaja, malah aku membuat 1 Puisi spontan dan mendapat komen postitif dari En.Awng. Ya. Cukup memberi dorongan dan semangat agar cinta seni terus mekar~ ^_^
Ahad, 22 April 2012
Peluang bukan semua rezeki.Aku pasti.
Selesainya 'Final Exam' untuk melengkapi tahun pengajian selama 3 Tahun, akhirnya aku perlu pulang ke Sabah... Dalam perancangan, pulang pada 30hbApril 2012.. percaya atau tidak..tiket pun sudah ditempah pada tarikh tersebut.Namun,dengan rintihan suara bonda dan ayahanda dan beberapa urusan yang perlu ku selesaikan, akhirnya aku jejakkan kaki ke Sabah pada 26 Mac 2012.
Rezeki di tangan mengalir, aku mendapat beberapa tawaran kerja di Firma(law of firm), guru tadika dan juga wartawan Sambilan di RTM, SaBah, akhirnya aku terpakasa tolak. Percaya? Ya. Perlu percaya.
Pelbagai persoalan pasti timbul.. aku rungkai persoalan itu hanya dengan jawapan : Peluang bukan semua rezeki. Aku pasti. Jangan hanya tunduk pada satu peluang kerana ada lagi ruang untuk mencari peluang lain.
Sabtu, 21 April 2012
susunan pintalan jari
Aduhaii....~ maaf ku pinta...lama tidak menjenguk..apatah lagi menari di ruang ini....kesibukan..terlalu banyak menghalang..ditambah emosi bermain jiwa...namun..jari ini tidak pernah berhenti menari...itu satu janji...
Langgan:
Catatan (Atom)