Cenderawasih

Foto saya
kota kinabalu,, Sabah, Malaysia
Suka pada dunia korporat-membuatkan diri lebih matang. Suka pada Pengcapan awam-membuatkan minda terbuka menerima pandangan. Suka pada seni sastera-membuatkan dalaman perasaan diluahkan dalam pancaran tersirat. Pemilik hati yang bergelar HambaNYA.

Rabu, 23 Januari 2013

puisi makum 2011.di UPNM.naib johan-




Puisi  Ke Ruang Katarsis
Karya : Zaen Kasturi.
Ini pula catatan sejarah kedua selepas aku memecah tembok untuk melangkah ke 'luar jendela'.  Turutan rezeki sudah terletak di luh mahfuzNYA. Selepas memenangi naib Johan dalam pertandingn Puisi Peringkat Remaja anjran DBP, Kuala Lumpur lalu, rezeki tetap sama untuk pertandingn ini, iaitu naib johan dalam pertandingn Puisi Makum (Majlis Kebudayaan Universiti2 Malaysia-di UPNM-..alhamdulillah..:)


Perkongsian cerita : UniSZA meletakkan harapan tinggi untuk pertandingan ini. Si pemilik hati deklamator ini sungguh berkeyakinan memberi kepercayaan kepada pihak UniSZA, walaupun pada dasarnya, hanya usaha, doa dan tawakkal di letakkan pada yg utama. Dgn kepercayaan kata manis dan semngt yg berkobar pada pemilik hati deklamator ini, maka, UniSZA telah memberi duit tajaan serta kemudahan pngangkutan(kereta Exora) disebabkan hanya seoarang peserta sahaja yang menyertai.

Dalam persediaan dan latihan yang kurang mesra,di tambah bebanan fikiran yang pada ketika itu, pemilik hati dekalamtor ini adalh Pengarah Program untuk Debat Piala Naib Canselor 2011. (Besar program ni, agak2, kalo pembaca ditempat pnulis, nak pergi ke x? ) :)  sewaktu itu, kata hati untuk memberi harapan pada UniSZA dalam pertandingn ini berbelah bahagi. Perlu teruskan perjalanan atau kembali semula ke tempat asal, memenuhi tuntutan tugas sebagai Pengarah Program.?  aduhai..berat! Namun, dalam dunia pinjaman ini, tiada yang boleh setanding dgn  semangat dan niat. In Sha Allah..Allah mudahkan.

Ku juga ingin konsi, sewaktu di Pentas, terdapat sebaris (bukan serangkap yer) bait puisi yang ku terlupa, mungkin para pembaca ada yg mneyedari. (dalam hati...andai ku berehenti, maka hancurlah kepercayaan dan nama UniSZA, pasti aku juga di gelak oleh mereka-para pelaksana Program Debat PNC, '' itulah, degil sngt nak pergi puisi..'' haa..jalan jauh2..tapi kerja atas meja terbengkalai'..sempat lagi aku berfikir begitu di pentas..aduhai! - ku tarik nafas, ingatanku berpinar pada bait lain...ku teruskan sahaja bait puisi itu walaupun bukan pada bait asalnya..(hentam sajalah labu..)

Alhmdulillah..berkat doa para teman dan shabat yg memahami....cek bernilai RM 800, bersama Piala iringan beserta sijil penghargaan dapat ku jadikan saksi di pentas Puisi.

p/s : Sebelum meninggalkan kerja, kena fahami dulu skop kerja - sebagai Pengarah Program, tindakan adalah hanya untuk tinjau, 'followed up' re-check dll,kerana itu adalah tugas utama Pengarah. Pengarah bukan sebagai pelaksana yg memerlukan 'kaki' untuk ke sana dan sini. ingat..itu tugas pelaksana. Kalau itu tugas Pengarah, lebih baik tak perlukan organisasi kerja. :)
Sebab itulah hati pemilik Puisi ini  berani untuk meningglkn kerja semntara waktu, selagi HP dan FB berfungsi sebagai 'dunia di hujung jari'. CC:  untuk insan yang sngt ku hormati : kak yaya, Amalina dan bg hanas-ketika itu mereka adalah antara orng kuat di sisi, sebagai pelaksana- Maafkan saya! hee


: Ku tinggalkan rangkap puisi sebagai bacaan kalian. Semoga Puisi ini dapat menginsafi kita sebagai hambaNYA.

Sesudah mengisi mimpi sesia di ranjang nyedar
apakah yang sempat kita kutip lewat darah dan air mata
poyang moyang yang tumpah ke cangkir resah

          resah menggeliat ke tanah
          resah menggeliat ke rimba
          resah memulas ke tulang bangsa.

Barangkali kitalah penanam padi-padi hampa
membiarkan anak-anak keridik mencuri meresik
malinja dan mahsuri di bendang galauan
hinggap gugup mengatur genta pertama

          gugup lahir di mata kita
          gugup lahir di suara kita
          gugup membiak di mana-mana.

Kita tidak agi pernah bertanya kepada manusia
harus jadi manusia tanpa menolak kebenaran untuk jadi
manusia yang tegar meniup seruling kemanusiaan
yang ligat memetik kecapi keluhuran
kerana kita lupa apa yang tersimpan di album bangsa

album bangsa pernah menyimpan sejuta potret luka
          luka berpinar ke nyali jagat
          luka berputar ke rohaniah umat
          luka menyentak haluan kiblat.

Esok kita bakal menggali tanah
dan menggalas cangkelong maut dari kulit sendiri
ke manakah bangkai dosa akan dikirim
ke kali tujuh penjuru gunung
atau ke laut tujuh penjuru tanjung
sedang kita pernah menari ala canggung maharisi
di kaki bicara nihilisme.  Sempurnakah kekesalan kita dengan
melimpahkan air mata nanah ke luka bangsa?

Jerit kita nanti cuma tulang-tulang yang tidak sempat ditalkinkan
pada saat pertama lolong angin tenggara memintal duka bersama
pekik kita nanti cuma darah-darah yang tidak sempat dikebumikan
pada saat pertama raung hujan selatan
menganyam gugup yang bergantungan di dada.

Mari  kita lagukan canggung katarsis
arena kita nanti bukan lagi saujana padang lalang
muzik kita nanti bukan lagi tabuh sayap merpalang.

          Ayunkan roh anak ke pintu hakiki
          dodoikan nyali anak ke perabung maknawi
          temani tidur mereka dengan mimpi-mimpi wangi
          dan selimut iman dari Tuhan.




Tiada ulasan: