Cenderawasih

Foto saya
kota kinabalu,, Sabah, Malaysia
Suka pada dunia korporat-membuatkan diri lebih matang. Suka pada Pengcapan awam-membuatkan minda terbuka menerima pandangan. Suka pada seni sastera-membuatkan dalaman perasaan diluahkan dalam pancaran tersirat. Pemilik hati yang bergelar HambaNYA.

Khamis, 24 Januari 2013

Assalamualaikum Ya Rasullullah- Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah-


Salam Maulidur Rasul -12 Rabiulawal 1434H / 24 Januari 2013M buat penghuni tegar blog, twitter dan mukabuku..:)

Seusai membaca buku hasil tulisan dari Pak Latip yang cukup dikenali dengan pembawaan cerita Sirah serta Islamik, membuatkan aku terus jatuh cinta pada buku2 novel terbitan beliau. Pembacaan ku bermula dengan judul buku "Mustapha Kamal Atartuk- Penegak Agenda Yahudi- , dan mulai saat itu, aku terus mencari dan mencari lagi buku karya beliau.

Entri kali ini bukan untuk pengolahan atau pendapat berkenaan karya beliau, namun ingin bersama berkongsi untuk mengupas tentang novel hasil kerahan minda dan pena beliau melalui  novel " HIJRAH'' yang berkisar tentang riwayat Rasullullah S.A.W.(allahumma solli a'ala saidina muhammad) sehinggalah baginda diutuskan menjadi Rasul sekalian ummat.-------- Masih tersusun rapi penyusunan cerita yang diolah sehingga para pembaca seperti aku ingin menghabiskan novel tersebut dalam masa sehari. Tahniah Pak Latip.:)

(salah satu tujuan entri ini adalah untuk mngajak para pembaca untuk mnanam cinta yng mendalam, lebih dari cinta kepada siapapun yg bergelar Makhluk Allah..Cintailah Rasul junjungan, sekalian rahmat, Rasullullah S.A.W,kerana tidak sediktpun kerugian yg kita dapat, malah keuntungan lebih dari jangkauan akal)




TEMA sambutan MAULIDUR RASUL : Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah''

Kupasan dari pendapat dan olahan beberapa sumber  berkenaan konsep wasatiyah.

i) sahabat mukabuku dan kampus : Zulhelmi Hassan.

asal perkataan ni dari was so to (dalam bhasa jawi).
-dalam kamus fairuz abadi (alqamus almuhit) : berlaku adil dalam setiap perbuatan, percakapan dan segala perilaku kehidupan. Tapi, harus diingat bahawa ia bukan menjerumus kepada sikap yang terlalu jumud sehingga menolak pembaharuan dan kemajuan. Ia juga bukan di klasifikasi sebagai liberal atau terlalu materialistik sehingga mencairkan nilai2 islam dan asasnya. Namun, sikap kesederhanaan dalam membentuk pembangunan dan kebendaan tapi tinggi dalam memupuk sikap  rohani dan batin.
Tafsiran mudah dan umum : segala perkara dalam kemajuan pembangunan sesebuah jisim,rohani, sahsiah,tamadun dalam sesebuah negeri dan negara perlu mengekalkan asas, prinsip dan nilai islam yang benar menurut syara' dan segalanya adalah kerana Allah  serta mewujudkan generasi yang faham agama dalam mengaplikasikan kehidupan duniawi dan ukhrawi demi menegakkan syiar islam.

ii)  dari buku aturcara program Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sabah,
Tema wasatiyyah diambil untuk memberi pendekatan sederhana yang diamalkan oleh Rasullullah  SAW semasa di bawah pimpinan baginda. Piagam Madinah antara satu amalan yang ditunjukkan oleh Rasullullah dalam menyerlahkan semnagat toleransi beragama apabila orang islam dan bukan islam saling faham memahami,saling bekerjasama dan hidup secara aman dan harmoni. Melalui hasil sikap kesederhanaan inilah yang membuka hati ramai penduduk Arab memeluk islam dan membentuk satu ummah yang unggul sehingga hari ini.

* pada mereka  yang masih belum faham konsep wasatiyyah, boleh lah rujuk mana2 sumber yang mengikut acuan islam.. Macm sya dulu,terkapai-kapai juga mncari mksud wasatiyyah ni..namun, alhmdulillah...sekrg saya dah faham, dan sememanya ia bertepatan dengan tema kehidupan masyarakat islm kita pada hari ini, terutama masyarakat Malaysia yang seharusnya mengamalkan kesederhanaan dalam kehidupan terutama dalam bersikap,pertuturan dll yang perlu selari dengan tuntutan Alquran dan Assunnah.

Assalamualaikum ya Rasullullah SAW........



Assalamualaikum Ya Rasulullah,
Air mata tida lagi tertahan apabila teringatkan pada dirimu,
Indah wajah sang REMBULAN tiada kelam,
Indah tubuhmu sang AWAN mengikutnya,
Indah akhlakmu sang MATAHARI redup cahayanya,
Indah langkahmu sang LANGIT merintih agar dipijak,
Indah rambutmu hitam ikat yang rapi,
Indah MATAMU .. memancar sinar cinta,
Berseri MULUTMU dengan kalimah tuhan,
Gagah TANGANMU menyantun setiap insan,
Kuat kakimu mengahayun langkah menyelamtkn insan,

Assalamualaiku Ya Rasulullah,
Mengalir airmata jernih tanpa tertahan,
Lantaran CINTA dan RINDU tiada terperi,
Merobek seluruh sanubari dan saraf kulitku,
Jika KERINDUAN tiada kau tawarkan,
Keindahan syurga tiada mengubat jiwaku,
Jika wajahmu tiada ku pandang,

Assalamualaikum Ya Rasulullah,
Apakah makna jika KEMEWAHAN dan KEINDAHAN ,
Dunia yang ku miliki,
Jika kau TIADA TERSENYUM melihatnya,
Apakah makna KENIKMATAN SYURGA,
Jika kau TIADA DAPAT DIPANDANG,
Aakah makna setiap NAFASKU,
Jika engkau MEMALINGKAN wajahmu,

Ya Alah,
Hidupkan CINTA dalam JIWA ini,
Pada Rasulullah Rahmatanlil’alamin,
Semoga dengan CINTA nan suci ini,
Membawa ku tenang ke Jannatul Firdausi,
Penuh KEBAHAGIAN menatap wajahnya,
Mendengar kalimahnya.. “ Engkau Umat Ku…..!”,
Biarpun sedetik sudah memadai,
Namun selamanya adalah yang ku impikan,
Assalamualaikum Ya Rasulullah…
Assalamualaikum Ya Rasulullah...

P/S: Cukup bersyukur kerana media juga memain peranan penting dalam melahirkan sikap kecintaan masyarakt terhadap Rasululullah- terumata media saluran TV Alhijrah.Terlalu padat dengan pengisian progam Maulidur rasul. Semoga menjadi contoh kepada media lain.

Tiada ulasan: