Cenderawasih

Foto saya
kota kinabalu,, Sabah, Malaysia
Suka pada dunia korporat-membuatkan diri lebih matang. Suka pada Pengcapan awam-membuatkan minda terbuka menerima pandangan. Suka pada seni sastera-membuatkan dalaman perasaan diluahkan dalam pancaran tersirat. Pemilik hati yang bergelar HambaNYA.

Isnin, 28 Mei 2012

Ia bermula dari situ.

Bapaku pulang dari kota.....bapaku belikan kereta...~~~ ...chop!! hee..(mesti  pernah dengah baris lirik lagu nie kan)..^_^ yup.. lagu nie pasti mengimbau zaman kanak-kanak sewaktu di tadika dahulu.
Semntara menuggu panggiln kemasukan degree bulan 9 nie, aku bekerja sebagai guru Tadika sambilan. Sungguh mneyeronokkan....terasa diri seperti di zaman kanak-kanak...syahdu! paling penting, naluri keibuan cukup mengalir dalam diri nie..heehe....sifat garang + penyayang adalh satu sifat neutral/ semulajadi yang perlu ada pada ibu yang inginkan anaknya berjaya..:) begitu lah apa yang ku rasa kini...

MENGAJAR,BELAJAR,MENGENANG,MERANCANG kehidupan semengnya hadir ketika aku bekerja di tadika sejak 2 Mei 2012 yang lalu..mengapa?? :)

(Mengajar): Guru seperti aku bertanggungjawab untuk mengajar anak didikku  sehingga mengenal realiti hidup ini, bermula dengan ABC,123,Alif, Ba, Ta. Tiada gambaran perasaan yang boleh diungkap pabila anak didik mengenal ini semua!

(Belajar) : Aku manusia biasa. Ketika berhadapan dengan mereka, terasa satu ilmu yang perlu aku belajar tentang kehidupan ini. Kadang-kadang manusia perlu belajar menjadi kerdil agar tahu bahawa kehidupan ini adalah nikmat yang cukup besar, anugerah dari Yang Esa.

(Mengenang) :  Kanak-kanak adalah satu zaman yang cukup indah.Mereka hanya tahu apa itu keseronokan. Gambaran warna kehidupan mereka hanya putih semata. Aku juga pernah seperti mereka. MENGENANG zaman lalu cukup manis buatku. Jika diputar masa, aku ingin kembali seperti zaman kanak-kanakku.:)  Anda? 


(Merancang) : Pendidik sepertiku juga punyai cita-cita.sama seperti mereka,anak didikku.Kami punya harapan tinggi untuk MERANCANG kehidupan sendiri. 'Mereka' adalah gambaran titik permulaan untukku melangkah kehadapan.

'Bapaku pulang dari kota'


Bapaku pulang dari kota,
bapaku belikan kereta,
kereta kecil warna merah,
bolehku bawa kesekolah.

Pom...pom...pom...pom...pom
kereta kecilku berbunyi,
marilah adik mari naik,
boleh kubawa jumpa nenek

Lagu Kanak-Kanak - Bapaku Pulang Dari Kota 

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2008/08/lagu-kanak-kanak-bapaku-pulang-dari.html#ixzz1wBCwJnmn

: Pendidik juga sama seperti 'mereka' yang di didik. Hanya didikan yang penuh limpahan kejujuran dan kasih sayang mampu mencipta seorang manusia yang terdidik. :)


 Barisan guru tadika dan taska  bersama guru besar (3 dari kanan) Sunshine Putatan. Berlangsung event  'Sunshie Teacher's Day'(26Mei 2012) untuk seluruh Tadika dan Taska sunshine seluruh sabah.
Tema : Princess and koboi:)

Jumaat, 18 Mei 2012

kegembiraan dalam kemenangan


Satu sejarah telah tercipta,kini Malaysia tidak lagi merasa 'kempunan' untuk menjulang Piala Kejohanan Hoki Remaja Asia, kerana akhirnya kubu pertahanan  hoki pemain negara Pakistan sudah dipecahkan. Selama 20 tahun menunggu, berkat usaha dan kesungguhan para pemaian hoki negara, akhirnya sukan hoki Remaja Asia telah membawa satu impak yang cukup besar kepada negara kita, Malaysia dengan kemenangan 2-1 kepada Pakistan.

Permaianan yang penuh emosi, tekanan serta kepintasan dari kedua-dua negara,(Malaysia vs Pakistan), namun, kedua pemain dari negara masing-masing mampu mengawal keadaan.

Pada tahun 1992,Pakistan telah menjulang kemenangan besar apabila menang 3-0 keatas negara kita, Malaysia. Mengambil semangat dari jurulatih hoki remaja, Dharma Raj berkata '' Saya telah mengenal pasti beberapa kelemahan dan sentiasa menyusun startegi untuk menentang Pakistan malam nanti'

Jangan dicabar hoki Malaya..


Kemenangan, kegembiraan dikongsi bersama


p/s : Da lama nak post, tapi ada masalah blog..huhu..apapun..wanita juga punya semangat sukan.:)

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA. TAHNIAH MALAYSIA.


Jumaat, 11 Mei 2012

Engkau yang menilai.


Entri kali nie agak serius. tiada iringn jiwa, emosi..bicara yang indah dan segala kata yang menyentuh kalbu. Pendek kata, bait2 puisi bukan ditujukan khas untuk entri kali ini.

Minda, akal, hati dan jari  sentiasa teragak-agak untuk mencatat entri kali nie. Mungkin tiada tapisan ayat atau mungkin juga ada monolog atau hanya gambaran kepada situasi yang ingin saya sampaikan.

Bermula dengan cebisan ayat  : ''Mgkin wktu 'sang gajah' prlu brht mncri tebu. 'Sang semut' sdh lma mnnti rumh agam ntk brjsa.hidup didunia kiri dan kanan mmg tiada pghjung-

Ya. hidup di dunia kiri dan kanan, merah dan hijau pasti tiada penghujung..pasti.  Bermula dari aku kecil, berumur 6 tahun sehinggalah kini, genap umurku 21 tahun(masa untuk mengundi sudah tiba) tapi....adakah amanah itu saya jalankan..? Kata kita, mengundi adalah kewajipan. Kata saya, memilih ketua yang adil adalah kewajiban.

kembali pada renungan ayat ''Mgkin wktu 'sang gajah' prlu brht mncri tebu. 'Sang semut' sdh lma mnnti rumh agam ntk brjsa.. Dalam hidup, kadang-kadang ego perlu dibuang. Pilihlah jalan muhassbah untk merenung kembali segala janji pada puluhan rakyat yang sentiasa menuntut dan memerhati dari jauh. Betul. Mereka banyak berjasa. Mereka juga banyak memberi. Mereka juga banyak membantu. tapi, tolong jangan sempitkan minda, jangan butakan hati..

rakyat 1 : wah..banyak nya bantuan percuma, subsidi diberikan pada yang memerlukan, bantuan diberikan pada golongan yang berhak. Terima kasih biru:)
rakyat 2 : ''ak nak tnya kat ko, pemberian,bantuan yang diberi nie hanya ini ke hak yang kita yang dapat? Duit berjuta yang diguna tue simpan dan guna untuk apa eh? Baru aku terfikir...aku tamak? terpulang lah..tapi, aku hanya bertanya dan terfikir...ini je kah yang aku dapat sebagai warganegara ini?

Dialog di atas jelas yang aku, kau, kami,kita dan mereka sedang dilanda satu hentakan soalan yang cukup mengelirukan . Manusia ingin mnjadi rakyat 1 atau rakyat 2? owh..terpulang...Saya tidak ngin menjelaskan rungkai persolan ini, kerana anda juga sudah tahu jawapannya.

Mungkin sudah tiba masa untuk si gajah bersama bendera biru berehat sebentar, dan aku sedang menanti si semut bersama timbunan gula untuk dibawa ke rumah agamnya. sudah tiba kita melihat jasa, bantuan dan pemberian yang cuba ingin mereka berikan. aku cuba menanti.

p/s : Berani mengatakan prnsip aku 'atas pagar' - kewajiban terletak pada pemilihan pemimpin yang adil, bukan semata mengundi'