Cenderawasih

Foto saya
kota kinabalu,, Sabah, Malaysia
Suka pada dunia korporat-membuatkan diri lebih matang. Suka pada Pengcapan awam-membuatkan minda terbuka menerima pandangan. Suka pada seni sastera-membuatkan dalaman perasaan diluahkan dalam pancaran tersirat. Pemilik hati yang bergelar HambaNYA.

Sabtu, 13 April 2013

Tiada tajuk.


         

                  Mulanya aku tidak pernah bermimpi untuk menjadi seperti ini- ya.sperti yang ada pada ku kini. Tidak pernah sama sekali. Sekadar bercakap-cakap kedai kopi sahaja. itu sahajalah. dan setakat itu. tiadalah meleret. 

dan semua itu waktu mata aku mula melihat teratak syurga ilmu milik abahku, dikala umur hingusan -penuh dengan kitab baru dan lama-sastera baru dan lama- di adun dengan pelbagai aksara bahasa- melayu, indonesia, riau, jawa, inggeris- apa lagi? owh. bahasa percakapan syurga juga ada. 

sekali lagi-. esoknya yang jauh. aku bukan sahaja melihat, malah akalku mula melingkar jauh. ''siapa lagi buat begini selepas abah? atau lumrah si sulung perlu teruskan begini?' oh! monolog saja kerja ku ini-

tidak sangka monolog itulah yang menemukan aku dengan cinta. cinta yang tidak pernah ku jangka. benar. dulu aku pernah mencari-cari apa cinta yang aku ingin. rupanya- ia sudah lama berkepung di dalam diri- cuma jasad saja yang belum pernah  meluah. dan akhirnya aku beranikan diri - kami beranikan diri untuk sama-sama meluah perasaan cinta ini.

hidup akan nihil bila aksara jawi dan rumi mati.

cinta 'abadan abada, ku bergantung pada-MU ALLAH.
cinta anak, ku bergantung pada ibu dan ayah.
cinta hati, ku bergantung siapa halal.
cinta cita, ku bergantung pada masa depan .
cinta tinta, ku bergantung pada isi kalam aksara.



Aku harap- miliki khutbahhanah sendiri 
-dipenuhi buku sendiri dikala aku menjadi 'wanita' dan anak itu lah yang bakal penyambung aku satu hari-
pintaku- moga monolog mu juga sama seperti aku bermonolog di wktu umur kita sama.




Tiada ulasan: