Cenderawasih

Foto saya
kota kinabalu,, Sabah, Malaysia
Suka pada dunia korporat-membuatkan diri lebih matang. Suka pada Pengcapan awam-membuatkan minda terbuka menerima pandangan. Suka pada seni sastera-membuatkan dalaman perasaan diluahkan dalam pancaran tersirat. Pemilik hati yang bergelar HambaNYA.

Ahad, 22 April 2012

Peluang bukan semua rezeki.Aku pasti.

Selesainya 'Final Exam' untuk melengkapi tahun pengajian selama 3 Tahun, akhirnya aku perlu pulang ke Sabah... Dalam perancangan, pulang pada 30hbApril 2012.. percaya atau tidak..tiket pun sudah ditempah pada tarikh tersebut.Namun,dengan rintihan suara bonda dan ayahanda dan beberapa urusan yang perlu ku selesaikan,  akhirnya aku jejakkan kaki ke Sabah pada 26 Mac 2012.

Rezeki di tangan mengalir, aku mendapat beberapa tawaran kerja di Firma(law of firm),  guru tadika  dan  juga wartawan Sambilan di RTM,  SaBah,  akhirnya aku terpakasa tolak. Percaya? Ya. Perlu percaya.

Pelbagai persoalan pasti timbul.. aku rungkai persoalan itu hanya dengan jawapan : Peluang bukan semua rezeki.  Aku pasti.  Jangan hanya tunduk pada satu peluang kerana ada lagi ruang untuk mencari peluang lain.

Tiada ulasan: