Cenderawasih

Foto saya
kota kinabalu,, Sabah, Malaysia
Suka pada dunia korporat-membuatkan diri lebih matang. Suka pada Pengcapan awam-membuatkan minda terbuka menerima pandangan. Suka pada seni sastera-membuatkan dalaman perasaan diluahkan dalam pancaran tersirat. Pemilik hati yang bergelar HambaNYA.

Jumaat, 11 Mei 2012

Engkau yang menilai.


Entri kali nie agak serius. tiada iringn jiwa, emosi..bicara yang indah dan segala kata yang menyentuh kalbu. Pendek kata, bait2 puisi bukan ditujukan khas untuk entri kali ini.

Minda, akal, hati dan jari  sentiasa teragak-agak untuk mencatat entri kali nie. Mungkin tiada tapisan ayat atau mungkin juga ada monolog atau hanya gambaran kepada situasi yang ingin saya sampaikan.

Bermula dengan cebisan ayat  : ''Mgkin wktu 'sang gajah' prlu brht mncri tebu. 'Sang semut' sdh lma mnnti rumh agam ntk brjsa.hidup didunia kiri dan kanan mmg tiada pghjung-

Ya. hidup di dunia kiri dan kanan, merah dan hijau pasti tiada penghujung..pasti.  Bermula dari aku kecil, berumur 6 tahun sehinggalah kini, genap umurku 21 tahun(masa untuk mengundi sudah tiba) tapi....adakah amanah itu saya jalankan..? Kata kita, mengundi adalah kewajipan. Kata saya, memilih ketua yang adil adalah kewajiban.

kembali pada renungan ayat ''Mgkin wktu 'sang gajah' prlu brht mncri tebu. 'Sang semut' sdh lma mnnti rumh agam ntk brjsa.. Dalam hidup, kadang-kadang ego perlu dibuang. Pilihlah jalan muhassbah untk merenung kembali segala janji pada puluhan rakyat yang sentiasa menuntut dan memerhati dari jauh. Betul. Mereka banyak berjasa. Mereka juga banyak memberi. Mereka juga banyak membantu. tapi, tolong jangan sempitkan minda, jangan butakan hati..

rakyat 1 : wah..banyak nya bantuan percuma, subsidi diberikan pada yang memerlukan, bantuan diberikan pada golongan yang berhak. Terima kasih biru:)
rakyat 2 : ''ak nak tnya kat ko, pemberian,bantuan yang diberi nie hanya ini ke hak yang kita yang dapat? Duit berjuta yang diguna tue simpan dan guna untuk apa eh? Baru aku terfikir...aku tamak? terpulang lah..tapi, aku hanya bertanya dan terfikir...ini je kah yang aku dapat sebagai warganegara ini?

Dialog di atas jelas yang aku, kau, kami,kita dan mereka sedang dilanda satu hentakan soalan yang cukup mengelirukan . Manusia ingin mnjadi rakyat 1 atau rakyat 2? owh..terpulang...Saya tidak ngin menjelaskan rungkai persolan ini, kerana anda juga sudah tahu jawapannya.

Mungkin sudah tiba masa untuk si gajah bersama bendera biru berehat sebentar, dan aku sedang menanti si semut bersama timbunan gula untuk dibawa ke rumah agamnya. sudah tiba kita melihat jasa, bantuan dan pemberian yang cuba ingin mereka berikan. aku cuba menanti.

p/s : Berani mengatakan prnsip aku 'atas pagar' - kewajiban terletak pada pemilihan pemimpin yang adil, bukan semata mengundi'

Tiada ulasan: