Cenderawasih

Foto saya
kota kinabalu,, Sabah, Malaysia
Suka pada dunia korporat-membuatkan diri lebih matang. Suka pada Pengcapan awam-membuatkan minda terbuka menerima pandangan. Suka pada seni sastera-membuatkan dalaman perasaan diluahkan dalam pancaran tersirat. Pemilik hati yang bergelar HambaNYA.

Jumaat, 18 Mei 2012

kegembiraan dalam kemenangan


Satu sejarah telah tercipta,kini Malaysia tidak lagi merasa 'kempunan' untuk menjulang Piala Kejohanan Hoki Remaja Asia, kerana akhirnya kubu pertahanan  hoki pemain negara Pakistan sudah dipecahkan. Selama 20 tahun menunggu, berkat usaha dan kesungguhan para pemaian hoki negara, akhirnya sukan hoki Remaja Asia telah membawa satu impak yang cukup besar kepada negara kita, Malaysia dengan kemenangan 2-1 kepada Pakistan.

Permaianan yang penuh emosi, tekanan serta kepintasan dari kedua-dua negara,(Malaysia vs Pakistan), namun, kedua pemain dari negara masing-masing mampu mengawal keadaan.

Pada tahun 1992,Pakistan telah menjulang kemenangan besar apabila menang 3-0 keatas negara kita, Malaysia. Mengambil semangat dari jurulatih hoki remaja, Dharma Raj berkata '' Saya telah mengenal pasti beberapa kelemahan dan sentiasa menyusun startegi untuk menentang Pakistan malam nanti'

Jangan dicabar hoki Malaya..


Kemenangan, kegembiraan dikongsi bersama


p/s : Da lama nak post, tapi ada masalah blog..huhu..apapun..wanita juga punya semangat sukan.:)

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA. TAHNIAH MALAYSIA.


Tiada ulasan: