Cenderawasih

Foto saya
kota kinabalu,, Sabah, Malaysia
Suka pada dunia korporat-membuatkan diri lebih matang. Suka pada Pengcapan awam-membuatkan minda terbuka menerima pandangan. Suka pada seni sastera-membuatkan dalaman perasaan diluahkan dalam pancaran tersirat. Pemilik hati yang bergelar HambaNYA.

Sabtu, 27 Jun 2015

Secangkir Merah Darah



Meneguk secangkir air anggur,
seperti;

tumpahnya ke hati,
Nikmatnya berfantasi.

Tapi, 
siapa kan sanggup berdepan realiti,
sakitnya meracau ketika sepi,
datang sendiri. 
yang bukan mimpi.


Sebuah lagu, Sang Bunga Azalia. - Ali Sastra-

Ku lihat bintang-bintang
tersenyum saksikan kau merekah
sang kumbang datang hap.. hap.. hinggap perlahan
bunganya merekah, berkembang-kembang

Warnamu merah, merah
semerah danau di Katumiri 
aku melangkah tu, wa, ga, mendekati
betapa indahnya, ku suka..

Detik-detik waktuku kian berlalu
tak jemu aku memandangnya
detak-detak jantungku, berdenyut s'lalu 
ku jatuh hati memetiknya

Azalia kau bunga yang ku cinta..

Azaliaku.. Azaliaku..
Azalia kau bunga.. yang ku cinta.. 

BITARA peneman BIRU.

Rinci waktu aku merinai
sebuah lagu mengenyangkan
hati,
menyesar segala tercema
antara khilaf atau benar
yang mencemar biru kamar
lalu basahnya di kantung 'ain
Sering titik detik menjadi debar
oleh kata manusia yang kotor bertebar
dan selalunya, yang dipilih itu hanya sabar.
Memohon;
Berlalulah engkau,'hari ini'
yang sering menyesah ulang sejarah resah.
Kemarilah cepat engkau, yang 'esok'
memberi lagi manis kisah seperti engkau,'kelmarin'.
Sebelum tumpahnya kekal ke mana?
Bitara buat
pemilik biru itu siapakah?.
Dihujung atma kata
tercalit sebuah doa;
Rabb;
pinjamkan bahagia buat kita , buat kami
-azalea dan juga dia,pemetik bunganya.

Sabtu, 13 April 2013

Ini jawapan kepada si penanya- ''cuti semestar buat apa?'' dan aku penat menjawab. :)


Cuti semester –  aku buat apa?
       
          Seusai saja aku bermusafir sementara di kota London, juga negeri bumi kenyalang- aku terus memilih untuk bercuti di kampungku. Banyak tugasan perlu diurus.  7 hari dikampung sendiri. Kampung UniSZA. Uniknya, kampungku tiada kokokan ayam atau barisan batang-batang pokok kelapa mencecah awan. Sekadar beratapkan bumbung ilmu, beralaskan tikar ilmu dan penghuninya  tentu sekali pencinta ilmu. Lumrah si perantau imu. Alam lah yang menjadi teman akrab di kala ini. Kicauan burung di pagi hari, sapaan angin di waktu petang ,panggilan cangkerik  di waktu malam. Mungkin mereka juga sunyi- fikirku.

        Dalam keresahan duduk sendiri, aku berfikir panjang. Apa yang harus dibuat -kalau sekadar  duduk merenung nasib - semut lalu pun tak nak tengok  – baik jangan jadi manusia, kerna kusudah didik hati dengan firman suci- manusia itu sebaik-baik ciptaan -punya akal yang boleh berfikir, berfikir sebaiknya.
                
         Sementara itu, zawiat adalah tempat utama aku, tatkala ‘bang’ dilaungkan di kala langit terang mengundur diri- dan senja pula ingin berlabuh duduk . Disini juga tempat ramai teman sekampungku, sebab itu ku suka singgah di tempat ini. 

       Pesanan ringkas dibaca melalui telefon bimbit sederhana kecil, - ''dian -ada program ilmu di Masjid UniSZA, 5 hari ! - kita akan belajar kitab lama-kitab Perukunan juga pembacaan kitab Quran disebelah malam.  Mahu serta?'' susunan aksara pasti sudah diduga. ‘YA’.
  
                                            -----------------------------------------------------

       Program ilmu ini mengajar  tentang KITAB PERUKUNAN dari rukun islam, rukun iman, dan segala ilmu yang pernah aku belajar di sekolah dulu. Bezanya, topik dan silibus yang dibincangkan akan dikupas secara mendalam satu-satu. Inci. Cukup teliti.  Kitab sebegini cukup ku suka- kalam lama tetapi indah dibaca- apalagi di dalami. 

        Para pelajarnya bukan sahaja sebahu umur denganku, malah para ibu, para bapa juga yang ku layak panggil atuk dan nenek adalah pelajar tetap kelas ini. Dan insan-insan inilah yang sentiasa mencari air ilmu- ibarat manusia mencari air di tengah padang pasir, dibawah terikan matahari -  begitulah jua nikmatnya bila ilmu didapat tatkala diri masih dalam kerabaan mencari jalan ditengah kota yang penuh 'pasir kehidupan' .

          Sepanjang menuntut, kelas ini sentiasa diwarnai dengan  gelak tawa dan soalan yang diluar kotak- ini cukup membuatkan apa yang dipelajari mampu diserap dengan sebaiknya.  Sememangnya, aku bersyukur!  Bersyukur di tempatkan sebagai perantau ilmu di pantai timur.

          Makan minum tidak perlu dirisau-ada insan yang sedia memberi rezeki perantaraan sebagai hamba-NYA. Aku akan duduk sebahu dengan para pendebat UniSZA, yang ku sudah anggap  ahli keluargaku di kampung ini. Nikmat,perut kenyang kerna selalu saja dihidang makanan enak sambil lauknya juga ilmu.!Bezanya lagi, ilmu ini -ilmu dunia. Mereka ini tentera hebat. Ada saja perang hujah yang berkisar isu negara mahu pun luar negara. Siapa tidak cukup peluru –bersedialah untuk mati. dan aku masih selamat kerna tidak perlu bertempur kata dan hujah. -sekadar pendengar setia dan pemerhati.

          Selama 7 hari berkampung, aku tidak pernah merasa nihil dengan hari yang diatur. Walau ada lagi sisa baki kerja kuliah serta hal-hal lain yang masih belum disapu bersih, aku tetap bersyukur sebagai penduduk kampung halaman ini.


Nah, ‘bang’ sudah memanggil. Cepat bersiap.Nanti ‘kena rotan’.
7: 13 pm : di atas tikar –kampungku,UniSZA
12 April 2013.

Point :  Jangan pernah rasa hiba bila jadi perantau. Di setiap ceruk hidup, pasti DIA membantu tatkala dada dikepung rasa rindu- dan rindu akan bertukar pada cinta di tanah kita merantau. Pasti




Tempur hujah-mengguna peluru akal yang rasional dan waras.









Bila saja berada di tempat ini- akalku mula mengingat tmpatku lahir- 
''bisa kah aku menuntut seperti ini di tempatku bayu? masih ada kah?
Bunyinya agak dangkal- tapi itulah sifat realisme yang perlu kau tahu.



Tiada tajuk.


         

                  Mulanya aku tidak pernah bermimpi untuk menjadi seperti ini- ya.sperti yang ada pada ku kini. Tidak pernah sama sekali. Sekadar bercakap-cakap kedai kopi sahaja. itu sahajalah. dan setakat itu. tiadalah meleret. 

dan semua itu waktu mata aku mula melihat teratak syurga ilmu milik abahku, dikala umur hingusan -penuh dengan kitab baru dan lama-sastera baru dan lama- di adun dengan pelbagai aksara bahasa- melayu, indonesia, riau, jawa, inggeris- apa lagi? owh. bahasa percakapan syurga juga ada. 

sekali lagi-. esoknya yang jauh. aku bukan sahaja melihat, malah akalku mula melingkar jauh. ''siapa lagi buat begini selepas abah? atau lumrah si sulung perlu teruskan begini?' oh! monolog saja kerja ku ini-

tidak sangka monolog itulah yang menemukan aku dengan cinta. cinta yang tidak pernah ku jangka. benar. dulu aku pernah mencari-cari apa cinta yang aku ingin. rupanya- ia sudah lama berkepung di dalam diri- cuma jasad saja yang belum pernah  meluah. dan akhirnya aku beranikan diri - kami beranikan diri untuk sama-sama meluah perasaan cinta ini.

hidup akan nihil bila aksara jawi dan rumi mati.

cinta 'abadan abada, ku bergantung pada-MU ALLAH.
cinta anak, ku bergantung pada ibu dan ayah.
cinta hati, ku bergantung siapa halal.
cinta cita, ku bergantung pada masa depan .
cinta tinta, ku bergantung pada isi kalam aksara.



Aku harap- miliki khutbahhanah sendiri 
-dipenuhi buku sendiri dikala aku menjadi 'wanita' dan anak itu lah yang bakal penyambung aku satu hari-
pintaku- moga monolog mu juga sama seperti aku bermonolog di wktu umur kita sama.




Ahad, 17 Februari 2013

Mari Berniaga! Tidak Rugi.

Siapa yang tidak mengenali isteri Rasululullah S.A.W, Siti Khadijah Binti Khuwailid. Beliau berketurunan Bani Abdul Uzzah bin Qusai Bin Kilab. Seorang wanita yang anggun, dan pasti tinggi aura pesonanya.,juga bijak menjalakan perniagaan membuatkan ramai pemuda yang tertarik padanya, sehinggalah Allah aturkan jodohnya bersama pemuda yang cukup disayangi ramai, Muhammad. Tiada penghalang bahgia walau berbeza umur.

Perniagaan satukan dua jiwa..

Apa perkaitan dengn entri kali nie? :) saya nak jadi busineswoman lah..:) kalau nak thu, dulu memang x pandang langsung dengn sgala bnda usahawan nie..kalau nampk jer perkataan usahawan atau niga..alahai....pandang sebelah mata pun tidak..huhu..teruknyer kan...

pernah terfikir :  dan sampai bilakah aku menumpang duit manusia? dan sampai bilakah makan duit orang tua? dan sampai bilakah ? 

Dengan secara tiba.

2013! hasrat besar nak niaga macam2..dalam fikiran..da berputar ligat da nie nak niaga itu, nak niaga ini..jauh disudut kotak akal, selalu terfikir nak jadi macam Siti Khadijah..bijak niaga, anggun, punya aura muslimah..manusia boleh berubah..:) itulah salah satu sebab aku nak niaga.. Wanita jagn pandang sebalh mata noh....

Paling utama :
Berniaga ni juga dapat dekatkan diri kita padaNya..Allah yang mencipta rezeki..mencipta segala yang terkandung di bumi. DenganNYA kita datang, denganNYA juga kita kembali. Niaga ni adalah darah daging.Punca duit datang..:) Memang akan berlaku bermacam dugaan dan nikmat, dan dari sinilah kita belajar apa itu muhassabah, hikmah, rezeki...:) Percayalah!




dan saya............saya akan berniaga sambilan sahaja. Pelajaran masih diutamakan.

Wanita sentiasa punya aura mutiara. Tertutup sopan  dalam cangkerang  sendiri.
 Hanya dimiliki ia pada siapa yang layak.

Moga Allah berkati rezeki ini..amen.

Jumaat, 15 Februari 2013

Aku lahir.

Bismillahirrhmanirrahim..macam2 terjadi..:)

31 Januari : Selamat hari jadi Dayana!! dah 22 tahun rupanya..semoga Allah memberi limpahan rahmat dan ampunan dosa selama aku mnjadi hamba di muka bumi, pinjaman sementara darinya.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
~ Menjelang maghrib, saat azan berkumandang oleh pekerjaMU, bilal, yang memecah langitMU, - dan laungan azan itu juga pernah dilaungkan dari abah tersayang, selepas saat aku dikeluarkan dari rahim ibuku tersayang hasil benih bungaan cinta dari Abah dan ibuku -maka bermula episod seorang puteri yang mempunyai liku perjalanan yang pelbagaisebagai khalifah dimuka bumi yang bekerja untukMU-

-semoga tarikh 31 Januari 2013 bersamaan 19 Rabiulawal 1434Hijrah,(mengikut islam, tarikh ini bermula pada mgrib sebelum tarikh 31- bukan disaat 12.tgh mm) maka, bermula tangisan seorang anak,penuntut ilmu juga sebagai pekerjaMU, diri ini mendoakan moga dari,sebelumnya dan selepas hinggalah akhirnya aku berpijak di bumi pinjamnaMU ini memberi segala manfaat untukku..

-Terima kasih ya Rabbi kerana pinjamkan aku sementara waktu pada kedua ibubapaku- Terima kasih ibu dan abah kerana menjaga aku dengan baik hinggakan aku terasa lebih dari cukup selama aku bernafas hinggalah umurku ke 22 tahun ini.

Hanya padaMU ya Allah aku datang dan hanya padamu ya Allah aku kembali.


-Petikan catatan mukabuku 31 januari.



1 Feb : Hamparan mutiara ucapan dan doa dari teman dan para sahabat mukabuku, twitter dan tel.:)..Semoga Allah memberkati segala doa kalian....kejapp lagi hamba respon..Terima kasih :)

hadiah kecil balasan suara hati tahun ini. Terima kasih Dekmal!
-seusai mendapat pengesahan dari wakil penerbit buku (Kelab Deklamator Malaysia-) 3 buah karya puisi hasil suara hati telah dimuatkan dalam Antologi Puisi Suara-suara dari lembah yang mengumpulkan luahan hati dan sumbangan akal dari para aktivis deklamator dan budayawan negara. Himpunan semua antologi teks ini akan digunakan dalam Sayembara Deklamasi Puisi Belia Tunas Pujangga 2013. Terima kasih atas pemilihan yang diberikan. Moga bermanfaat untuk semua. 

Mintalah pada Allah, sungguh, rezekiNYA seluas biruan langit dan laut, malah lebih dari itu.

-Petikan catatan mukabuku 1 Feb-

Sabtu, 26 Januari 2013

Susu Badam-Sunnah Nabi :)

Indahnya hari ahad- :) Ramai jer orang beli sayur, kuih muih..bnayak lagiilah..kalo nak tahu..kat Sabah ni..kawsan Putatan ( daerah tmpat aku tnggal-15 Minit kalau nak ke Bandar-KK-) ada pasar tamu hujung minggu...kalau da sampai Sabah ni..ni lah antara tempat persinggahan WAJIB pergi..:)) ok. nak djadikan cerita... hari ni nak buat resepi Susu Badam...yummy! memang sedap sangat....!! (badam ni kacang kgemaran aku..kalau nak makan mentah2 pun boleh) hurm, ok,  nak tahu resepi?? bOleh..:)

Bahan-bahan:
 100 gram kacang badam
 1 kotak besar Susu coklat/ Susu.
 1 sudu kecl madu @ 3 biji kurma yang telah di buang biji(mana2 punh boleh)



Cara buat : campurkan semua/blender jer..daannnn..SIAP!



Mudah kan...:) tambah2 lagi kta dapat bahala amalkn sunnah Rasullullah SAW..selamat mencuba:)


ok.-sekrg baru pukul 9:49am- sempat lagi nak solat Dhuha, amalan pembawa rezeki- jummm...bye!

Adik Sayang -anis suraya-

Seusai membantu adikku mnjahit tudung, dan sehari tadi berjalan-makan angin dengannya..rasa cukup bahagia...:) (dah 7 bulan x jumpa..mestilah rindu-huhuhu) :) Thniah akak ucapkan atas kecemerlangn adik dalam Penilaian UPSR- 5A- telah kau hadiahkan- kau dapat gembirakan hati ibu dan abahh..dapat memberi motivasi dan semnagt pada kami yang lain. Tahniah adik anis.

Esok, sudah tiba waktu kembali semula ke asrama-Sekolah Menengah Agama Kota KInabalu- Seperti cepat masa berlalu, dan kakakmu ini seperti tidak percaya kau penyambung warisan menempah nama di sekolah tersebut selepas kakak dan abang menuntut ilmu disana. Sungguh, pasti sunyi semula 'bumbung syurga' ni tanpa gelak tawamu..:') apapun, tangunggajwab sebagai anak dan hambaNya perlu adik utamakan..:) 

Geli hati mendengar pengalaman kau, adik tinggal di asrama, ditambah dengan permintaan untuk membeli segala keperluan 'itu dan ini' yang kadang-kadang kakak rasa tidak perlu dan kakak pun tak pernah minta untuk dibeli keperluan sebegitu banyak..hahah.tapi, tidak apa.-selagi kau, adik belajar bersungguh-sungguh, dapat melapangkan dada ibu dan abah, juga kakak dan abang-abang kau yang lain, selagi itu segala permintaan kau adik kami penuhi.:)




kakak ucap -selamat kembali ke asrama esok- Belajar bersungguh-sungguh- :) Semoga mnjadi anak soleh dan harapan agama , bangsa dan negara.-Ameen-

SULUNG!

Sulung...apa pndapat awk, kamu dan sesiapa shaja yg bergelar sulung...alahai, anak pertama..:)  best x? aishh..mestilah best....kita lah bukti percintaan kedua ibu bapa kita..kita lah yang pertama dapat apa sahaja yang kita inginkan..kitalah yang merasa awal/makan garam dulu dari adik2 kita, pemikiran pun cpat matang..sikap pun ala2 macam bos...pendek kata..memng best..:)

" tanggungjawab bnyak lah.." -  alah..biasalah..dalam hidup..tanggungajwab dan bebanan tu satu perkara biasa....kalau kita dapat atasi, alhmdulillah....'x boleh jadi contoh kat adik2?" haa..ni lah msalah yg selalu saya dengar...kalau sulung ni, kita jadi baik jerr..x boleh silap..sebb dia lah yang menjadi contoh kat adik2..

-jawapan saya  mudah. Setiap manusia sebenrnya dilahirkan untuk mnjadi yng terbaik..termausklah mnjadi khalifah untk pimpinan diri dan msyarakat..kalau da x boleh pimpin/ bagi contoh kat adik2..mcm mna nak pimpin diri sendiri..akhirnya terumbang ambing lah diri  tiada hala tuju..x boleh2..dalam hidyp kna ada prinsip..:) ! 


jadi..jangan nak beralah/berapis-lapis alasan anak sulung ni x best...Ciptaan Yang Maha Agung cukup indah-alhmdulillah..pasti ada hikmah kenapa kita dipilih dalm kalangan 'anak sulung'..jawapan pasti pada anda sendiri yng bergelar SULUNG..;)


Aku bersyukur aku anak SULUNG!


Sulung : tudung berwarna oren.
Kedua : Berbaju ungu(lelaki)-khalid-
Ketiga : Lelaki - Nabil-
Bongsu : Tdung berwarna Pink - Anis Suraya- 

  

Jumaat, 25 Januari 2013

Jum 'dating' DenganNYA!

Ni antara petua untuk mudah bangun subuh. sebelum solat subuh tu, ap kate, kite cari masa dating denganNya, Rabbi! gerenti  tak sma dating dengan ciptaan makhlukNya(hhehe, x penah lagi dating2 dgn manusia nie..-nauzubillah- kecuali dia  dah 'halal' untuku!! Jum kita amal sama2 yer..:)


1. Tidur awal sekitar 10 atau 11 malam supaya tidur anda mencukupi.

2. Ambil wuduk sebelum tidur.

3. Tanam azam di dalam diri untuk bangun awal.

4. Baca surah Al-Mulk, tiga Qul dan doa sebelum tidur.

5. Pasangkan niat; “Aku nak bangun pukul …. kerana Allah s.w.t.”

6. Maafkan semua orang sebelum tidur.

7. Elakkan makan makanan berat sebelum tidur.

8. Elak diri dari melakukan maksiat sebelum tidur.

9. Gunakan jam loceng atau alarm di telefon bimbit untuk membantu anda. Pastikan ia berkualiti.

10. Minta tolong orang lain seperti ibu, isteri atau suami, atau rakan untuk mengejutkan anda. Mungkin minta mereka simbahkan air atau urut ibu jari anda sekiranya masih sukar untuk bangun.





    

Ya Allah..Permudahkan aku untuk mendapat kemanisan iman, keberkatan hidup di dunia pinjamanMU.

Khamis, 24 Januari 2013

Assalamualaikum Ya Rasullullah- Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah-


Salam Maulidur Rasul -12 Rabiulawal 1434H / 24 Januari 2013M buat penghuni tegar blog, twitter dan mukabuku..:)

Seusai membaca buku hasil tulisan dari Pak Latip yang cukup dikenali dengan pembawaan cerita Sirah serta Islamik, membuatkan aku terus jatuh cinta pada buku2 novel terbitan beliau. Pembacaan ku bermula dengan judul buku "Mustapha Kamal Atartuk- Penegak Agenda Yahudi- , dan mulai saat itu, aku terus mencari dan mencari lagi buku karya beliau.

Entri kali ini bukan untuk pengolahan atau pendapat berkenaan karya beliau, namun ingin bersama berkongsi untuk mengupas tentang novel hasil kerahan minda dan pena beliau melalui  novel " HIJRAH'' yang berkisar tentang riwayat Rasullullah S.A.W.(allahumma solli a'ala saidina muhammad) sehinggalah baginda diutuskan menjadi Rasul sekalian ummat.-------- Masih tersusun rapi penyusunan cerita yang diolah sehingga para pembaca seperti aku ingin menghabiskan novel tersebut dalam masa sehari. Tahniah Pak Latip.:)

(salah satu tujuan entri ini adalah untuk mngajak para pembaca untuk mnanam cinta yng mendalam, lebih dari cinta kepada siapapun yg bergelar Makhluk Allah..Cintailah Rasul junjungan, sekalian rahmat, Rasullullah S.A.W,kerana tidak sediktpun kerugian yg kita dapat, malah keuntungan lebih dari jangkauan akal)




TEMA sambutan MAULIDUR RASUL : Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah''

Kupasan dari pendapat dan olahan beberapa sumber  berkenaan konsep wasatiyah.

i) sahabat mukabuku dan kampus : Zulhelmi Hassan.

asal perkataan ni dari was so to (dalam bhasa jawi).
-dalam kamus fairuz abadi (alqamus almuhit) : berlaku adil dalam setiap perbuatan, percakapan dan segala perilaku kehidupan. Tapi, harus diingat bahawa ia bukan menjerumus kepada sikap yang terlalu jumud sehingga menolak pembaharuan dan kemajuan. Ia juga bukan di klasifikasi sebagai liberal atau terlalu materialistik sehingga mencairkan nilai2 islam dan asasnya. Namun, sikap kesederhanaan dalam membentuk pembangunan dan kebendaan tapi tinggi dalam memupuk sikap  rohani dan batin.
Tafsiran mudah dan umum : segala perkara dalam kemajuan pembangunan sesebuah jisim,rohani, sahsiah,tamadun dalam sesebuah negeri dan negara perlu mengekalkan asas, prinsip dan nilai islam yang benar menurut syara' dan segalanya adalah kerana Allah  serta mewujudkan generasi yang faham agama dalam mengaplikasikan kehidupan duniawi dan ukhrawi demi menegakkan syiar islam.

ii)  dari buku aturcara program Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sabah,
Tema wasatiyyah diambil untuk memberi pendekatan sederhana yang diamalkan oleh Rasullullah  SAW semasa di bawah pimpinan baginda. Piagam Madinah antara satu amalan yang ditunjukkan oleh Rasullullah dalam menyerlahkan semnagat toleransi beragama apabila orang islam dan bukan islam saling faham memahami,saling bekerjasama dan hidup secara aman dan harmoni. Melalui hasil sikap kesederhanaan inilah yang membuka hati ramai penduduk Arab memeluk islam dan membentuk satu ummah yang unggul sehingga hari ini.

* pada mereka  yang masih belum faham konsep wasatiyyah, boleh lah rujuk mana2 sumber yang mengikut acuan islam.. Macm sya dulu,terkapai-kapai juga mncari mksud wasatiyyah ni..namun, alhmdulillah...sekrg saya dah faham, dan sememanya ia bertepatan dengan tema kehidupan masyarakat islm kita pada hari ini, terutama masyarakat Malaysia yang seharusnya mengamalkan kesederhanaan dalam kehidupan terutama dalam bersikap,pertuturan dll yang perlu selari dengan tuntutan Alquran dan Assunnah.

Assalamualaikum ya Rasullullah SAW........



Assalamualaikum Ya Rasulullah,
Air mata tida lagi tertahan apabila teringatkan pada dirimu,
Indah wajah sang REMBULAN tiada kelam,
Indah tubuhmu sang AWAN mengikutnya,
Indah akhlakmu sang MATAHARI redup cahayanya,
Indah langkahmu sang LANGIT merintih agar dipijak,
Indah rambutmu hitam ikat yang rapi,
Indah MATAMU .. memancar sinar cinta,
Berseri MULUTMU dengan kalimah tuhan,
Gagah TANGANMU menyantun setiap insan,
Kuat kakimu mengahayun langkah menyelamtkn insan,

Assalamualaiku Ya Rasulullah,
Mengalir airmata jernih tanpa tertahan,
Lantaran CINTA dan RINDU tiada terperi,
Merobek seluruh sanubari dan saraf kulitku,
Jika KERINDUAN tiada kau tawarkan,
Keindahan syurga tiada mengubat jiwaku,
Jika wajahmu tiada ku pandang,

Assalamualaikum Ya Rasulullah,
Apakah makna jika KEMEWAHAN dan KEINDAHAN ,
Dunia yang ku miliki,
Jika kau TIADA TERSENYUM melihatnya,
Apakah makna KENIKMATAN SYURGA,
Jika kau TIADA DAPAT DIPANDANG,
Aakah makna setiap NAFASKU,
Jika engkau MEMALINGKAN wajahmu,

Ya Alah,
Hidupkan CINTA dalam JIWA ini,
Pada Rasulullah Rahmatanlil’alamin,
Semoga dengan CINTA nan suci ini,
Membawa ku tenang ke Jannatul Firdausi,
Penuh KEBAHAGIAN menatap wajahnya,
Mendengar kalimahnya.. “ Engkau Umat Ku…..!”,
Biarpun sedetik sudah memadai,
Namun selamanya adalah yang ku impikan,
Assalamualaikum Ya Rasulullah…
Assalamualaikum Ya Rasulullah...

P/S: Cukup bersyukur kerana media juga memain peranan penting dalam melahirkan sikap kecintaan masyarakt terhadap Rasululullah- terumata media saluran TV Alhijrah.Terlalu padat dengan pengisian progam Maulidur rasul. Semoga menjadi contoh kepada media lain.

Listen Listen Listen and..Reading!! :)



....begitulah kalau manusia tak pandai menilai pandagan dari suara hati.. Cubalah terima kritikan seseorang seadanya walaupun diri rasa tak sekufu dgnnnya..dan jauh di sudut hati berkata 'ada benarnye yg dia ckp'

Di mata Rabbi..manusia semua sama..yang bezanya..nilai akidah dan akhlak dalam diri. Bukan harta, pangkat atau taraf setinggi mana kelayakan ilmiah duniawi.

di mana berada..pesan hamba pada diri sendiri -jgn hnya bertepuk tgn kalau rasa diri diikat 'galaxy notes' dan habuan ringgit!-

aduhai 'FORUM SUARA WANITA 1 MALAYSIA'..pnamat yg tiada penamat. sekian.

: Di petik dari milik mukabukuku sendiri.- 14 Januari 2013-

Pasti dari sebahagian petikan di atas, jelas kita faham dengan kondisi isu masyarakat kita hari ini. Pasti dari setiap sudut masyarakat semua punya penjelasan dan pandagan sendiri, bukan sahaja dari kalangan mahasiswa, Ahli Politik, Sasterawan,kalangn profesioanlisme sehinggalah mereka yang masih belajr di tahap sekolah rendah juga punya pandagan hati sendiri.




owh, jangan di halang kata hati si Bawani itu, kerana itulah sebenar apa yang ingin disampai,
 ingin disuarakan yang sudah lama tersimpan rapi dek keadaan yang tidak mengizinkan.

Seterusnya, kita lihat apa pula respon Bawani tnetang hal ini sehinggakan ramai wartawan ingin mendengar dan berjumpa sendiri dengan beliau.


                                    

kamu sungguh berani dan aku akui itu!

Dan........

apa pula respon masyarakat ? 



sehingga adaa yang buat lagu sendiri....


'Pokok takkan bergoyang kalau tiada angin'

: Mari kita sejukkan hati dengan satu petikan respon dari salah seorang rakan mukabuku saya.

1. Insiden "listen" telah pun dijawab oleh orang ramai dari tokoh-tokoh popular sampai orang biasa-biasa. Majoriti dah counter-attack balik. Kita boleh katakan, PEMBULI dah pun kalah. Suara ramai dah pun menang. Kalau dia cuba bangkit dengan pelbagai statement untuk backup dirinya sendiri pun tidak berkesan dah, sebab jelas-jelas akan nampak memperbodohkan lagi dirinya sendiri. Taubat, insaf dan maaf sahaja jalan keluarnya.

2. Namun, cacian yang berterusan bukanlah cerminan Mukmin sejati. Sebab, dia juga orang Islam. Dia juga ada peluang berubah. Dia juga layak diberi maaf WALAUPUN bagi kita - yang rasa amarah dan rasa wajar dia dimaki - dia tak perlu pun dapat sebarang kemaafan. Manusia bukan Tuhan. Tuhan Maha Pengampun. Kalau dia degil juga, biar Allah saja yang balas. Kita pun dah nampak, Allah sedang balas kesalahannya dgn bangkitnya kemarahan ramai dan menjauhnya sahabat² seperjuangannya.

3. Kita setuju, dia wanita jahil. Dia berada di jalan gelap, sesat di hujung jalan. Tenggelam dengan ideologi yg ditanamkan pihak tak bertanggungjawab ke dasar otaknya. Kalau dia tak jahil agama, pasti dia juga malu untuk berperilaku sedemikian. Jadi, kita maafkan dia atas dasar dia jahil agama. Kita pun jahil agama tidak ternafi pun.

4. Rujuk Surah al-Mu'minun ayat 96, firmanNya:

"Tolaklah kejahatan yang dilakukan kepadamu dengan cara yang sebaik-baiknya, Kami Maha Mengetahui apa yang mereka katakan itu."

Rujuk Surah Fussilat ayat 34, firmanNya:

"Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib."

Teguran dari Tuhan sendiri supaya menolak keburukan dengan kebaikan atau dengan cara yang baik. Ibaratnya, kain yang kotor tidak akan bersih jika cuba dibersihkan dengan air longkang. Bersihkan dengan air mutlak, dengan sabun, dengan clorox barulah bersih suci dan murni.

5. Sungguh kita benci kelakuan jahat dan penghinaan yang dilakukan oleh wanita itu. Namun Allah jua membenci orang-orang yang melampaui batas. Binalah batas dalam kata-kata dan perbuatan. Sungguh, Allah menyintai orang-orang yang memperbaiki diri dan menjadi lebih baik. Rujuk QS Al-Baqara [2]:195.

6. Doa. Didoakan moga-moga semua yang masih jahil tukil kembali kepada agama agar tidak terjadi lagi insiden seperti ini. Moga diberi hidayah. Tidak perlu ada diskriminasi bangsa atau agama lain dalam agama Islam selagi mereka tidak cuba memerangi umat Islam. Allahumma amiiin ya rabbal 'alamiiin.

7. Banyak sekali arahan dari Allah dan RasulNya supaya kita listen pada agama, listen pada al-Quran, listen pada Hadis, listen pada ulama, listen pada ustaz-ustaz yang sahih, listen pada pemberi nasihat yg baik, listen pada ibu bapa dan guru, listen pada pemerintah yg adil, listen pada kawan yang cinta agama dan Syurga. Tapi berapa kerat sahaja dari kita-kita semua yang betul-betul listen dan ikut? Listen dan amal? Listen dan respon dengan baik pada agama? Dukacita, hanya segelintir. Dgn kata lain, kita listen, tapi kita buat-buat tak dengar. Kita tak ambil lesson daripada listen.

8. Lawanlah orang yang tak berakhlak dengan ketinggian akhlak.

Betullah dia hina. Kita juga hina. Kita semua hamba hina. Kita lagi hina bila kita tidak listen pada apa yang disuruh agama. Kita jadi hina bila kita tidak listen pada suruhan Allah dan Rasul-Nya. Orang pekak tidak hina. Orang yang ada telinga dan bisa mendengar, tetapi buat-buat pekak pada pesanan agama, dialah orang yang hina.

Muhammad Rusydi


-Semoga Allah merahmati hambaNYA.-